Get $25 free
loading...

Putera Charles Dan Camilla Melawat Malaysia 3 November Depan

Share This:

Putera Mahkota Britain, Putera Wales, Putera Charles dan The Duchess of Cornwall, Camilla akan hadir ke untuk lawatan rasmi Diraja ke Malaysia pada 3 November depan, selepas selesai lawatan ke Singapura.

Lawatan ke Malaysia itu adalah yang pertama untuk pasangan diraja itu selain bertujuan untuk meraikan ulang tahun ke 60 hubungan diplomatik United Kingdom dan Malaysia.

Kedua pasangan diraja itu akan memulakan lawatan di Kuala Lumpur dan diraikan di Makan Malam Gala yang akan dihadiri dif kehormat dan wakil dari dunia perniagaan, seni, budaya serta media.

Lawatan itu akan turut meraikan Sidang Kemuncak Komanwel yang akan berlangsung di UK pada 2018 dan Malaysia pada 2020.

Pasangan diraja itu akan turut berangkat melawat Sarawak, Perak dan Pulau Pinang bagi melihat pelbagai usaha berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan kepelbagaian bio serta usaha memperkasakan wanita dan kanak-kanak perempuan.

Putera Charles dan Camilla akan berangkat ke India pada 8 November.

Pada September 2012, pasangan The Duke dan Duchess of Cambridge melawat Malaysia sebagai sebahagian daripada lawatan Jubli Intan Ratu Elizabeth II.

Comments

comments

Related Post

Akibat Leka Tengok Aplikasi Barbie, Wanita Dipenja...
Kantoi Lagi, University Of Hertfodshire Nafi Bakal...
Dua Lelaki Di Ini Diharamkan Pesan Makanan Di Rest...
Kesan Brexit, Ekonomi Malaysia Kukuh Untuk Hadapin...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...