Pembentangan bajet 2018 adalah satu pembentangan yang cukup mampan dan berkualiti dimana segenap golongan masyarakat dapat menikmati hasil Negara bersama sama kerajaan. Hal ini tidak dapat dinafikan lagi oleh pihak pembangkang.
Rata rata pemimpin pembangkang seakan sudah tenggelam punca apabila setiap ruang serangan telah ditutup sebaiknya. Ini bukan dikatakan bajet gula gula lagi , sebenarnya ini lah realiti yang seharusnya diterima oleh pakatan Harapan dimana kerajaan yang ada bukan sebuah kerajaan yang bangkrup.
Pada kebanyakan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin pembangkang hanya bertujuan untuk melindungi rasa malu dengan bajet yang mereka buat sendiri.
Berkaitan dengan tol, Azmin cuba mengalihkan isu ini dengan mengatakan ianya adalah desakan rakyat Selangor tetapi dalam hal sebenarnya ianya adalah cadangan dari UMNO sendiri agar pemansuhan tol Batu Tiga dapat dilaksanakan.
Didalam Bajet pakatan harapan kita telah membaca bahawa mereka akan memansuhkan tol diseluruh Negara. Ini adalah satu cadangan yang tidak masuk akal yang mana ianya memerlukan dana yang cukup besar untuk dibelanjakan disamping pemansuhan GST yang tidak akan menghasilkan pendapatan untuk dibelanjakan.
Tol yang ada pada kebanyakannya telah diwujudkan melalui konsesi yang menjadi amalan Mahathir dimana setiap konsesi tersebut adalah dari kroni nya. Agak mustahil cadangan memansuhkan tol dan menutup sumber kewangan kroni akan dipersetujui Mahathir.
Tetapi jika diatas kertas ianya mungkin berlaku dan tidak akan berlaku dalam perlaksanaannya dan jika berlaku tuntutan mereka kan menyalahkan Najid yang menjadikan Malaysia bangkrup. Dengan cara ini mereka akan terselamat dari memansuhkan tol sebagaimana dijanjikan.
Pada sudut lain pula berkaitan dengan tol, kita sedia maklum bahawa dalam kenyataan Azmin sendiri bahawa amat sukar untuk memansuhkan tol di dua laluan iaitu KESAS dan SPRINT. Begitu juga dengan Pulau Pinang tol Sungai Nyior masih juga tidak dimansuhkan malah kenaikan terus berlaku.
Pemansuhan Tol Batu Tiga menuju ke Rasau telah memperlihatkan kebodohan pemimpin Pakatan yang tidak peka dengan fakta perjanjian yang telah dipersetujui. YB Radziah seharusnya baca dulu baru keluarkan kenyataan.
Oleh yang demikian disini disertakan butiran fakta agar menjadikan permimpin Pakatan Harapan agar cerdik dalam membuat kenyataan.
Mari kita semak beberapa fakta penting di sebalik dakwaan ini.
- Plaza tol Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 yang dikenali sebagai Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau adalah sebahagian daripada Konsesi Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
- Pada 18 April 2015, PLUS melalui satu kenyataan menyatakan bahawa perjanjian konsesi kedua-dua tol ini yang sepatutnya berakhir pada 2018 telah dilanjutkan hingga 2038.
- Keputusan ini sejajar dengan semakan yang dibuat pada tahun 2011 yang melanjutkan perjanjian konsesi PLUS di semua plaza tol hingga 2038.
- Dalam pengumuman yang sama, PLUS menyatakan bahawa para pengguna di kedua-dua laluan ini hanya perlu membayar kutipan tol pada kadar separuh harga sahaja.
- Mengikut terma perjanjian asal yang ditandatangani pada era Tun Dr. Mahathir, kadar tol yang sepatutnya dikenakan ke atas pengguna di kedua-dua laluan ini sekarang ialah RM2.40.
- Di bawah perjanjian baru (pelanjutan hingga 2038), kutipan dikekalkan pada kadar RM1.10 bagi mengurangkan bebanan pengguna. Kadar ini kekal sejak tahun 2005.
- Dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober 2017, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau ini dimansuhkan sepenuhnya bermula Januari 2018.
Justeru adalah tidak benar sama sekali dakwaan yang mengatakan konsesi tol Batu Tiga dan Sungai Rasau akan tamat 2018 kerana ia telah dilanjutkan hingga 2038 melalui semakan dan perjanjian semula yang dibuat pada 2011.
Walau bagaimanapun, atas keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, kutipan di kedua-dua plaza tol ini telah dimansuhkan sepenuhnya.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini