Saban tahun, kita akan mendengar pembentangan bajet yang diumumkan oleh Perdana Menteri di Parlimen dan kali ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan bajet yang bertajuk “Memakmurkan Ekonoomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi, Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50”.
Jika dinilai dari apa yang diumumkan oleh Datuk Seri Mohd Najib sebentar tadi, boleh dikatakan, bajet kali ini merangkumi segala aspek kehidupan, dari bayi yang baru dilahirkan sehinggalah keperingkat umur warga emas. Segala-galanya dirangkumkan demi memastikan kesejahteraan rakyat dipelihara dan sekaligus memangkin pendapatan rakyat untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran mendatang.
Jika kita soroti bajet kali ini, ianya dimulakan dengan khabar gembira apabila penarafan Malaysia oleh Bank Dunia telah menaikkan kadar KDNK negara dari 4.9 peratus kepada 5.2 peratus dengan perkembangan ekonomi antara 5.2 hingga 5.7 peratus pada tahun hadapan. Kedudukan ini menunjukkan kekuatan ekonomi negara disebalik dakwaan pembangkang kononnya ekonomi negara sedang berada dalam keadaan tenat dan akan muflis.
Lebih mengagumkan, pada pembentangan Bajet 2017, kerajaan menyasarkan untuk menyediakan 3.3 juta peluang pekerjaan menjelang tahun 2020. Menariknya, sehingga hari ini, sasaran berkenaan telah mencecah angka 69 peratus iaitu 2.27 juta peluang pekerjaan telah disediakan. Malah, jumlah eksport negara juga mencecah angka tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM 80 bilion sepanjang tahun 2017.
Rizab negara pula berjumlah RM 428.7 juta dan dengan jumlah ini, ianya mampu menampung eksport tertunggak negara bagi tempoh 7.5 bulan yang akan datang. Ini juga merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan kerana ini adalah jumlah rizab terbesar dalam sejarah negara.
Melihat kepada data-data ekonomi ini, tidak hairanlah kerajaan mampu menyediakan RM 280.25 bilion dengan RM 234.25 bilion diperuntukkan untuk belanja mengurus dan bakinya adalah untuk belanja pembangunan.
Secara amnya, menerusi bajet ini, kerajaan jelas menggalakkan pertambahan usahawan menerusi pelbagai inisiatif dan dana disediakan khas untuk golongan usahawan. Sebagai contoh, TEKUN menerima peruntukan terbesar apabila kerajaan memperuntukkan setengah bilion Ringgit bagi membolehkan agensi berkenaan membantu para usahawan kecil dan sederhana.
Untuk Amanah Ikhtiar Malaysia pula, dana tambahan sebanyak RM 200 juta diperuntukan dan ianya akan memberi faedah buat 400 ribu orang peminjam yang memakan angka sebanyak RM 2.7 bilion. Tidak terhenti di situ, sebanyak RM 120 juta diperuntukkan untuk seribu orang peniaga Foodtruck 1 Malaysia dan Mobile Food Kiosk 1 Malaysia yang dianggap pertama dalam sepanjang pembentangan bajet.
Bagi golongan pelajar pula, pelbagai peruntukkan diberikan seperti bantuan awal persekolahan sebanyak RM 100, Bantuan Bauncer Buku bernilai RM 250, RM 2.2 bilion bagi pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan, RM90 juta diperuntukkan bagi Program MyBrain untuk 10,600 orang bagi melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran dan banyak lagi.
Paling menarik, dalam pembentangan bajet ini, buat pertama kalinya setiap anak Malaysia yang lahir bermula 1 Januari 2018 sehingga 2022, mereka akan dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM 200 melalui unit Amanah Saham. Skim yang pertama kali diperkenalkan ini akan dinamakan sebagai Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau ADAM50.
Bagi sekolah-sekolah yang dikategorikan sebagai uzur pula, menerusi kaedah Industrial Building System (IBS), kerajaan memperuntukkan RM 2.5 bilion bagi membaik pulih lebih 2,000 sekolah usang diseluruh negara.
Bagi Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah pula, RM 550 juta diperuntukkan dengan RM 250 juta untuk sekolah kebangsaan, RM 50 juta untuk Sekolah jenis kebangsaan Cina, dan Tamil, Sekolah Mubaligh, Sekolah Berasrama penuh, Maktab Rendah Sains Mara dan Sekolah Ahama Bantuan kerajaan.
Sebenarnya cukup banyak untuk di huraikan satu persatu tentang Bajet 2018 ini. Ianya jelas mencakumi segenap aspek yang diperlukan oleh rakyat Malaysia. Malah, pengumuman bantuan khas sebanyak RM 1,500 untuk seluruh 1.6 juta kakitangan awam juga adalah yang tertinggi dalam tempoh 7 tahun kebelakangan ini.
Tidak hairanlah apabila Datuk Seri Mohd Najib menggambarkan, pembentangan bajet kali ini adalah ibu segala bajet yang disediakan oleh kerajaan khas untuk rakyat bagi menghadapi masa-masa yang mendatang. Jutaan terima kasih buat kerajaan kerana menyediakan satu bajet yang cukup bertanggungjawab, komprehensif dan penuh intergriti.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini