Get $25 free
loading...

Akhirnya, Selesai Kemelut Hafiz Dan Joy

Share This:

Selepas paparan demi paparan kisah dan juga krisis rumah tangga penyanyi Hafiz Hamidun serta Joy Refva menjadi penghias di dada-dada akhbar, akhirnya keduanya sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Petaling, pada Rabu. 


Penyanyi itu meluahkan rasa lega dan kini mengakui tidak menyimpan perasaan dendam pun terhadap bekas isterinya itu meskipun ia telah menimbulkan kontroversi hangat sebelum ini. 


“Ini bukan pilihan tapi dengan perceraian ini ia boleh menamatkan episod yang sangat panjang. Bukan satu hari tapi berbulan-bulan. 

“Saya maafkan dia dan secara peribadi juga meminta maaf kepadanya tentang apa yang berlaku. Dia ada kesalahan dan tidak perlu kita bangkitkan lagi. 

“Saya juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada kesilapan. Saya juga tidak menyimpan sebarang dendam,” katanya kepada Mstar Online. 

Dalam pada itu, Joy pula berharap netizen berhenti menuding jari dan memberi komen berbaur negatif kepadanya. 


“Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan orang di luar sana jangan memberi komen-komen negatif lagi.

“Saya mahu meneruskan kehidupan dengan anak saya seperti biasa dan Insya-Allah saya akan menunaikan umrah dalam masa terdekat,” katanya.


Mstar melaporkan Hafiz melafazkan cerai terhadap Joy di hadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shukran Yusof petang Rabu.

Comments

comments

Related Post

Hafiz Hamidun Minta Joy Revfa Periksa Mental
Setelah Sekian Lama Menyepi, Diva AA Mengamuk Deng...
Joy Sumpah Dengan Nama Allah Pernah ‘Bersama...
“Jangan Main-Main Joy Revfa” – Hafiz Hamidun...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...