Get $25 free
loading...

Bajet 2018: BR1M kekal RM6.8 bilion, tiada kenaikan selepas 7 tahun

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengekalkan peruntukkan RM6.8 bilion melibatkan 7 juta penerima sepertimana tahun sebelumnya.

bajet2018-br1mKUALA LUMPUR: Selepas dinaikkan setiap tahun sejak 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tiada bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun depan.

Dalam pembentangan Bajet Persekutuan 2018 di Dewan Rakyat hari ini, Najib berkata peruntukan untuk program wang tunai sekali beri itu kekal pada RM6.8 bilion melibatkan 7 juta penerima sepertimana tahun sebelumnya. Kadar maksimum pemberian BR1M juga dikekalkan pada RM1,200.

“Sejak BR1M diperkenalkan, terbukti rakyat teramai menerimanya dengan senang hati dan rasa syukur. Jelas sekali, BR1M merupakan suatu bentuk subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukannya, terbukti keberkesanannya,” kata Najib.

Najib sempat membidas pengkritik program wang tunai sekali beri itu.

“Hatta, pihak pembangkang yang begitu negatif terhadap inisiatif ini dan menuduh sebagai ‘dedak’ itu dan ‘umpan’ ini, tapi kini tanpa segan silu membuat ‘u-turn’, dan khabarnya Kerajaan Pulau Pinang sendiri telah akur akan benarnya program BR1M oleh Kerajaan ini.”

Pemberian BR1M mula diperkenalkan pada tahun 2012, dan merangkumi RM1,200 kepada penerima isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, bantuan RM900 kepada 291,918 penerima isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000, dan bantuan RM450 kepada penerima individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Peserta program eKasih dengan pendapatan RM1,500 dan ke bawah turut menerima bantuan BR1M.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...