Terengganu mohon Perdana Menteri pertimbangkan permohonan kerajaan negeri ini untuk mewujudkan Hab Digital dan perumahan dalam perbentangan Bajet 2018 pada Jumaat ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan sudah menyediakan tanah seluas kira-kira 400 hektar di Kampung Telaga Papan, Setiu untuk menjadikan kawasan itu sebagai hab digital dan kertas cadangan juga telah dibuat serta sudah dikemukakan kepda kerajaan pusat.
“Kerajaan negeri juga meminta pertimbangan agar Najib dapat meluluskan permohonan untuk menyediakan 10,000 rumah di negeri ini tahun depan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan insentif kepada pengayuh beca dan pengusaha bot penambang di sini, hari ini.
Turut hadir adalah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Roslle Daud serta Pengarah Jabatan Pelancongan negeri, Tun Ahmad Faisal Abd Razak.
Selain dari itu, kerajaan negeri juga meminta kemudahan kesihatan termasuk pembinaan hospital baharu dan penambahbaikkan kesihatan serta pendidikan di negeri ini turut dimasukkan pada Bajet 2018.
“Kita harap kerajaan pusat dapat menyediakan peruntukan lebih besar kepada agensi penguat kuasa bagi menangani masalah sosial terutamanya membabitkan kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kalangan remaja di negeri ini.
– Terengganu Times
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini