Get $25 free
loading...

Bajet Pakatan tidak fokus kaum India, kata Presiden MIC

Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, bajet alternatif PH tidak memberi sebarang fokus kepada kaum India.

dr-subra-indiaKUALA LUMPUR: MIC mendakwa Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lebih baik berbanding bajet alternatif Pakatan Harapan (PH).

Presidennya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, bajet alternatif PH tidak memberi sebarang fokus kepada kaum India.

“Saya tak nampak apa-apa fokus mereka bagi masyarakat India, itu sebab saya tak boleh komen,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Beliau yang juga menteri kesihatan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan pembangkang yang mengkritik dan membandingkan dengan bajet alternatif oleh PH.

Dalam bajet alternatifnya PH mahu memberikan dana khas untuk meningkatkan bahagian ekuiti rakyat Malaysia India dan dana berasingan untuk memupuk usahwan India.

Mengulas lanjut, Subramaniam berkata pada keseluruhannya bajet 2018 oleh kerajaan lebih dekat kepada semua masyarakat.

Katanya, bukan sahaja kepada kaum India malahan semua masyarakat mendapat bantuan.

“Pada keseluruhan bajet oleh perdana menteri, bajet sudah sampai ke pelusuk masyarakat sehingga warga emas.

“Semua orang mendapat bantuan. Kalau lihat perkara diumumkan ada kuasa menjana kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat,” katanya.

Beliau berkata Bajet 2018 kerajaan bukan sahaja menyediakan bantuan tetapi meningkatkan pencapaian ekonomi.

“Contohnya penjimatan yang diberi di dalam cukai pendapatn 2% akan meningktakn penjimatkan setiap simpanam seorang.

“Semua diberi itu bawa pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Jumaat lalu, dalam Bajet 2018, Najib mengumumkan sebanyak RM50 juta diperuntukkan untuk membantu lebih 35,000 usahawan melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun), di samping tambahan RM50 juta lagi untuk program pembangunan sosioekonomi masyarakat India.

Satu inisiatif baharu yang turut diperkenalkan ialah pengagihan 1.5 bilion unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia untuk masyarakat India, terhad kepada 30,000 unit setiap pelabur.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...