Get $25 free
loading...

Bajet Alternatif Pakatan Guna Isu Lapuk Fitnah Rasuah 1MDB Dan FELDA

Share This:

Pakatan Harapan (PH) hanya menyiapkan satu dokumen Bajet Alternatif 2018 yang kosong tanpa ada apa-apa makna apabila memasukkan tuduhan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di dalam dokumen berkenaan tanpa menyertakan apa-apa bukti.

Menurut dokumen berkenaan, PH menuduh kelemahan matawang Ringgit Malaysia dikatakan menggambarkan kebimbangan berkaitan amalan pembaziran dan rasuah dalam kedua-dua agensi itu.

Berkenaan isu itu, pihak agensi kerajaan di peringkat tertinggi sudah pun melakukan siasatan dan ternyata tidak ada salah laku dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang digambarkan mereka.

Kalau dilihat dari perspektif berbeza, pihak pembangkang sudah banyak terlibat dengan rasuah dan pemimpin mereka ditangkap dan tidak dibualkan. Kes rasuah banglo murah, Lim Guan Eng, skandal kilang haram di Pulau Pinang melibatkan Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh dan skandal rasuah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Adam Rosli.

Kemudian di Sabah, proksi PH di negeri itu iaitu bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang juga Presiden parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga sudah ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana salah guna wang rakyat yang diperuntukan kepada kementerian sampai mencecah RM1.5 bilion.

Parti mana yang banyak sekarang ini dikantoikan amal rasuah.

Dakwaan mereka berkenaan rasuah 1MDB dan Felda sehingga kini tidak dapat dibuktikan tetapi hanya kekal seperti khabar angin sahaja dan kekal sebagai tuduhan fitnah.

Dakwaan PH dalam Belanjawan Alternatif 2018 mereka turut menyatakan bahawa pelabur semakin hilang keyakinan dalam potensi Malaysia sepenuhnya. Kata mereka, keyakinan semain hilang kerana para pelabur mengambil kira ketidakupayaan terbukti pemimpin dalam kerajaan BN.

Ia jelas satu pembohongan kerana kini pelaburan melibatkan pelaburan besar negara China dalam bentuk pinjaman jangka panjang untuk pembinaan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) berjalan lancar dan projek berkenaan sudah bersedia untuk dimulakan.

Menurut, Perdana Menteri selepas siap, ia akan menjadi pemangkin kepada negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan kerana dijangka memperoleh pertumbuhan ekonomi tambahan 1 hingga 1.5 peratus.

Yang buat kerajaan nampak buruk ialah PH dan Pengerusi PH, Mahathir Mohamad yang menjaja cerita rekaan keburukan Malaysia di merata negara lain di dunia sehingga ia menggugatkan keyakinan mereka.

Hasil inisiatif Najib, keadaan sebenar berjaya dijelaskan kepada pelabur luar negara yang kemudian yakin apabila sudah mendengar penjelasan daripada kerajaan.

“Berkaitan perkara ini juga, terlebih kita berasa sedih dan sayang seribu kali sayang, yang turut terheret dalam kancah ini, adalah bekas-bekas para pemimpin dan negarawan.

“Tidak cukup dengan itu, hingga mereka sanggup memperlekeh negara sendiri dan meminta campur tangan kuasa asing. Sedangkan satu masa ketika dahulu, orang itulah yang menyebut biar Malaysia ini ditentukan rupa dan bentuknya dengan acuan kita sendiri,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Sengaja Tinggal Solat, Suami Tuduh Murtad Berkawan...
Penjawat Awam Yang Sokong Mahathir Ibarat Sedang G...
Shafie Apdal Dimasukkan Ke Hospital
Khabar Angin Kuat Menyelubungi Peguam Negara: Baha...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...