Get $25 free
loading...

Penyokong Pembangkang Ditipu, Pakatan Harapan Tidak Pernah Bersatu

Share This:

Pakatan Harapan (PH) sebenarnya menipu terang-terang penyokong mereka kerana sebenarnya mereka tidak pernah bergerak sebagai satu gabungan pun dan tidak akan pernah menjadi satu gabungan biarpun mereka sudah ada satu logo tapi sebenarnya semuanya helah belaka.

Dalam dokumen Belanjawan Alternatif Malaysia 2018 yang dilancarkan PH hari ini dibawahnya ada logo PH dan disertakan dengan logo empat parti anggota iaitu PKR, PPBM, DAP dan PAN. Untuk apa diletakkan lagi logo keempat-empat parti berkenaan kalau sudah bergelar satu gabungan pembangkang.

Ternyata niat mereka mendaftarkan gabungan itu sebenarnya hanya samaran sahaja kerana sebenarnya mereka masih terpisah dari segi ideologi dan perjuangan kerana masih enggan memadam empat logo parti di dalam logo PH mereka. Dalam Barisan Nasional (BN) hanya menggunakan logo dacing tanpa ada lambang kesemua parti komponen ataupun logo MCA, MIC dan Umno.

Mereka dalam dokumen Bajet Alternatif pula semacam dengki dengan keakraban BN cuba memecahbelahkan perikatan dengan melabelkan BN dengan nama Umno-BN padahal tidak pernah BN menggelarkan parti pemerintah dengan panggilan sedemikian.

PH yang didalangi oleh Pengerusinya Mahathir Mohamad ternyata memang tidak suka melihat BN bergerak dalam perpaduan yang kuat dengan parti-parti komponen sehingga mereka memburukkan BN sebegitu rupa.

Penyokong PH perlu membuka mata dan sedar sekali lagi mereka sudah ditipu oleh pakatan pembangkang. Selagi ada DAP dalam sesebuah pakatan, pembangkang tidak akan bersatu kerana DAP tidak mahu kesemuanya bersatu supaya mudah dikawal oleh DAP nanti. Jika bersatu, impian DAP untuk memerintah Malaysia jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan terbantut.

Kalau sudah bersatu, apa gunanya lagi empat logo parti gabungan di dalam logo Pakatan Harapan, itu memberikan maksud sebaliknya.

Harapan mereka untuk melihat pembangkang kononnya bersatu hancur dengan dokumen Bajet Alternatif 2018 ini kerana menurut mereka ini adalah dokumen rasmi dan bermakna logo itu juga adalah logo rasmi.

Mereka amat pengecut untuk bergerak dengan satu logo sahaja tanpa kemunculan empat logo kerana masing-masing takut ditenggelami oleh populariti parti sekutu lain dalam PH.

Kalau PKR menonjol, PAN akan tenggelam, manakala jika PAN pula menonjol, DAP sudah pasti ketinggalan di belakang.

Penyokong yang agak kurang ambil kisah mudah sahaja terpedaya dengan helah pembangkang kononnya sudah bersatu tapi sebenarnya warna bulu mereka masih lain-lain dan tidak akan pernah dapat sama sampai bila-bila.

Comments

comments

Related Post

#Bajet2018 : Pembangkang Akan Main Kotor Buat Keco...
Jika Ikut Logik Mahathir, Sudah Ramai Pemimpin PH ...
Penjawat Awam Yang Sokong Mahathir Ibarat Sedang G...
Shafie Apdal Dimasukkan Ke Hospital


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...