Get $25 free
loading...

DAP Takkan Dapat Mandat Di Mana-Mana Pun Di Malaysia

Share This:

Parti DAP tidak layak untuk mendapat mandat di mana-mana negeri di negara ini termasuk bermimpi untuk dapat mandat untuk memerintah Malaysia bersama Pakatan Harapan kerana DAP hanya mementingkan kepentingan politik mereka dan bukan rakyat.

Semalam, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang merayu memohon kepada pengundi di Malaysia beri peluang kepada pembangkang hanya satu penggal untuk perintah Malaysia dan jika gagal rakyat boleh undi semula Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) berikutnya.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan media berkata DAP tidak memerlukan mandat di peringkat Persekutuan kerana mereka sudah pernah menang di beberapa negeri sebelum ini tetapi mereka gagal malahan rakyat ditindas serta dilayan dengan cara tidak adil.

“Bagi saya, DAP dan Pakatan Harapan tidak perlu kuasa di peringkat Persekutuan cukuplah mereka sudah menang di beberapa negeri khususnya Pulau Pinang yang DAP jelas amat gagal.

“Mereka menindas penduduk yang pastinya saya agak kecewa kerana bangsa India dipinggirkan oleh DAP.

“Bayangkan di Pulau Pinang, Ketua Menteri DAP dituduh rasuah malahan mengamalkan nepotisme kerana Ketua Menteri ialah anak Kit Siang sendiri, Lim Guan Eng. Saya lihat Kit Siang biarkan sahaja anaknya terus menjadi Ketua Menteri walaupun sudah ditahan oleh SPRM kerana terlibat dalam rasuah.

“Mana integriti, Kit Siang selaku pemimpin veteran DAP?” kata beliau.

Kemudian Ramesh berkata, di negeri Selangor, Menteri Besarnya Datuk Seri Azmin Ali juga banyak masalah dan gagal mentadbir negeri dengan baik kerana banyak isu belum terjawab serta beliau juga terpalit dengan bermacam-macam dakwaan.

Dalam hal ini, Azmin buat tidak tahu dan terus berdiam diri.

“Di Selangor, Pakatan sudah gagal dengan Azmin sebagai Menteri Besar. Banyak dakwaan berkaitan salah guna kuasa Kerajaan Negeri tidak dijawab dan masalah di negeri Selangor tidak dapat diselesaikan.

“Dekat Kajang, semua kita tahu banjir kilat berlaku hampir setiap tahun tetapi ADUN Kajang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih gagal selesaikan,” kata Ramesh.

Beliau juga mengambil contoh negeri Perak yang pernah ditadbir pakatan pembangkang sekejap sebelum pakatan pembangkang hilang majoriti sebelum ini.

“Di Perak dulu, ketika pembangkang menang sekejap, DAP banyak buat keputusan yang tidak adil berkaitan pajakan tanah yang mana membangkitkan kemarahan rakyat bangsa lain khususnya Melayu dan India.

“Jadi, saya rasa DAP tidak patut dan tidak layak diberikan mandat dalam PRU14 untuk memerintah di peringkat Persekutuan kerana jika menang, mereka akan dapat banyak kuasa termasuk kuasa mentadbir negara sehingga mereka boleh terus kekal berkuasa sampai bila-bila,” katanya.

Menurut Ramesh, jika Pakatan Harapan (PH) menang, DAP sebagai parti yang dominan akan menggunakan peruntukan undang-undang yang ada untuk terus berkuasa seperti yang parti PAP lakukan di Singapura. Jika sekali diberi peluang, dalam masa lima tahun DAP akan lakukan sebagai kerajaan untuk terus berkuasa dan menang pada setiap PRU nanti.

“Mereka akan gunakan undang-undang seperti melalui Suruhanjaya Pilihan Raya untuk membuat persempadanan semula untuk memastikan pengundi tegar DAP kebanyakannya dari kaum Cina akan dikumpulkan dalam satu kawasan supaya DAP dan pakatan akan terus kekal menang setiap kali PRU akan datang.

“Jika begitu, DAP akan menggunakan kuasa mereka untuk kekalkan kuasa dan rakyat tidak akan berpeluang mengundi parti lain lagi apabila Malaysia diperintah seperti Singapura nanti, yang mana parti pembangkang sudah tidak ada ruang untuk berjaya,” kata Ramesh.

Comments

comments

Related Post

DAP Kini Sebuah Parti Yang Sedang Runtuh
Sengaja Tinggal Solat, Suami Tuduh Murtad Berkawan...
Projek Pengambilan Tanah Projek HSR Akan Bermula B...
Lima Universiti Malaysia Jadi 50 Universiti Terbai...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...