Pengarah filem Ghaz Abu Bakar yang sudah berpengalaman mengenai pembikinan video itu sudah bersedia menerima kritikan daripada orang ramai berkenaan dengan video I Am Me nyanyian Datuk Seri Vida.
Pengarah terkenal,Ghaz atau nama sebenarnya Mohd Ghazali Abu Bakar berkata ramai yang keliru mengenai kos pembikinan muzik video itu sebanyak RM1 juta tidak kelihatan mahal.
Ghaz juga diminta mengulas kos pembikinan video muzik berkenaan siaran di YouTube, Datuk Seri Vida Channel yang menelan belanja RM1 juta kerana dikatakan tidak masuk akal.
“Saya mahu jelaskan di sini, sebenarnya RM1 juta itu adalah peruntukan untuk props dan peralatan dalam muzik video bukannya kos keseluruhan produksi.
Bagaimanapun ,menurut sumber, Vida berpuas hati dengan hasilnya dan gembira dengan muzik video itu.
“Iqbal Tak Perlu Hadap Muka Saya Lagi” – Vida
Menurut sumber ,Ghaz juga bercadang untuk menghasilkan filem biografi mengenai jutawan kosmetik itu.
Menurut Ghaz, dia sudah pun mengetengahkan idea itu kepada Vida dan berharap agar projek itu akan menjadi kenyataan.
“Saya ada beri tahu Vida mengenai idea ini, dia pun positif mengenainya.
“Jika filem biografi ini dihasilkan, ia boleh menjadi inspirasi kepada orang lain untuk turut berjaya seperti Vida,” katanya lagi.
Sementara itu, Ghaz telah dipilih menjadi salah seorang juri bagi pertandingan Penciptaan Kandungan Kreatif Digital 2017 (DC3 2017).
Menurut Ghaz, dia akan lebih fokus terhadap kandungan dan penyampaian peserta berbanding aspek teknikal sewaktu penjurian DC3.
Mengenai perkembangan terbaru, Ghaz kini sedang menjalankan penggambaran sebuah siri televisyen untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Siri yang dibintangi Namron dan Khir Rahman itu dijangka akan ditayangkan sewaktu bulan kemerdekaan tahun hadapan.
-PRU14.TV
lagi info di : Gosip Artis Terkini