Azmi Sharom, salah seorang penceramah undang-undang dari Universiti Malaya dalam sebuah forum anjuran Islamic Renaissance Front (IRF) bertajuk, “Is Reason a Threat to Faith and Society?” mendakwa sistem kehakiman Malaysia terlalu literal, tidak mempersoalkan apa-apa,dan tidak faham struktur asas Perlembagaan Persekutuan.
“Kita memerlukan hakim-hakim yang faham Perlembagaan Persekutuan, katanya lagi, pada hari Ahad 22 Oktober di Nottingham University, Kuala Lumpur baru-baru ini ketika mengulas tentang badan kehakiman yang wujud di negara ini.”
“Bagaimanakah pemikiran boleh menjadi ancaman apabila tidak wujud pemikiran? Apabila kita ada hakim-hakim yang tidak berfikir.”
Menurut Azmi Sharom juga, Perlembagaan Persekutuan adalah terlalu panjang, tidak seperti Perlembagaan Negara Amerika Syarikat yang sangat pendek.
Selain daripada itu, Azmi Sharom turut mempertikaikan keputusan yang dibuat di Mahkamah Persekutuan sebagai penghakiman yang tidak sepatutnya.
“Sudah terlalu banyak kes di mana Mahkamah Tinggi memberikan keputusan yang amat baik, dan Mahkamah Rayuan memberikan keputusan yang amat baik, dan setelah sampai ke Mahkamah Persekutuan, kamu dapat satu keputusan yang buruk.”
Menurut Azmi Sharom lagi, sistem kehakiman di Malaysia telah gagal melaksanakan keadilan. “Di mana-mana negara bertamadun, kehakiman adalah peluang terakhir untuk mendapatkan pengadilan.
Namun, itu bukan keadaannya di Malaysia.” Azmi Sharom juga dalam nada berseloroh menggesa supaya jangan mengambil pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk dijadikan hakim pada masa hadapan kelak. Sebaliknya diambil pelajar-pelajarnya.
“Get my students,” tegas pensyarah di Universiti Malaya itu lagi. Beliau sebelum ini pernah mempertikaikan kewujudan Islam sebagai Agama Negara di dalam Perlembagaan Persekutuan dan pernah membuat dakwaan bahawa Perlembagaan Persekutuan melindungi mak nyah.
Selain itu,beliau juga pernah mencabar keperlembagaan Akta Hasutan 1948.
-PRU14.TV
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini