Rakaman yang menunjukkan seorang wanita menyeret seorang kanak-kanak di sebuah jalan apabila mengejut para netizen.
Menerusi klip video itu, wanita berkenaan berpakaian warna hitam sambil memegang beg sandang.
Namun menggunakan tangan kanannya, wanita tersebut mengheret seorang budak di belakangnya.
Video tersebut tular apabila Joe Cain yang berkongsi video itu di laman sosial Twitter pada Selasa dan menegaskan bahawa rakaman dalam satu insiden yang berlaku di Liverpool itu adalah tulen.
Cain cuba memberikan penjelasan susulan segelintir orang yang menontonnya menganggap kanak-kanak yang dimaksudkan hanyalah anak patung.
Bercakap kepada Echo, Cain memberitahu dia sedang berjalan di bandar dan ternampak kanak-kanak itu terjatuh.
“Wanita itu nampak budak tersebut jatuh tetapi dia terus berjalan.
Menurutnya,sejujurnya sesiapa yang melihatnya pasti merasakan perbuatan tersebut tidak baik walaupun kanak-kanak tersebut kelihatan biasa.
Menurut sumber,keadaan itu sudah tentunya menarik perhatian orang, tetapi tiada sesiapa yang menegur atau melakukan sesuatu,” katanya.
Bagaimanapun,tindakan wanita tersebut tidak elok kerana perbuatannya seperti mendera seorang kanak-kanak dan tidak boleh dipandang enteng.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini