Mohamad berkata dakwaan pihak yang tidak bertanggungjawab ini juga disifatkan sebagai biadap dengan turut mendakwa pembentangan Bajet 2018 itu hanya tertumpu dan memberi banyak manfaat kepada pesawah padi dan nelayan.
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam, sebagai bajet dedak kepada rakyat sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Mohamad berkata dakwaan pihak yang tidak bertanggungjawab ini juga disifatkan sebagai biadap dengan turut mendakwa pembentangan Bajet 2018 itu hanya tertumpu dan memberi banyak manfaat kepada pesawah padi dan nelayan.
“Memberi bantuan kepada pesawah padi yang mana keadaan sawah padi yang tidak menentu dengan musim tengkujuhnya, begitu juga dengan nelayan… apakah ini yang dikatakan memberi dedak.
“Apakah rendah sangat martabat mereka ini sehingga mereka dikatakan orang yang dahagakan dedak, katanya ketika berucap merasmikan Warrriors [email protected] yang berlangsung di Palm Mall di sini, hari ini.
Mohamad turut mempersoalkan dakwaan pihak yang tidak bertanggungjawab ini yang apabila kerajaan membantu rakyat, mereka pula marah.
“Kita semua kata rakyat perlu dibantu kerana terdedah kepada kos sara hidup yang tinggi tetapi apabila kerajaan bantu rakyat, marah pula,” katanya.
Tambahnya lagi, Bajet 2018 adalah menyeluruh serta melibatkan semua sektor masyarakat khususnya kepada penjawat awam, petani, penternak, pesawah, nelayan, dan semua insentif yang diperuntukkan kepada masyarakat bawahan ini adalah sangat baik untuk mereka.
Mohamad turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap pihak tertentu yang menerima lebih banyak manfaat melalui projek-projek kerajaan tetapi akhirnya menjadikan kerajaan sebagai musuh.
“Bukan sahaja lupa malah menjadi musuh kepada kerajaan, orang seperti ini orang yang tidak pernah mengenang budi,” katanya.
Pembentangan bajet merupakan pertama kali dalam sejarah apabila peruntukan paling besar sebanyak RM6.5 bilion diberi kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah.
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
lagi info di : Gosip Artis Terkini