Salah satu nota berkenaan menyebut, ‘kehidupan yang tenang dan rendah diri akan membawa lebih banyak kebahagiaan berbanding usaha untuk mencapai kejayaan serta kebimbangan yang berterusan’.
Catatan tulisan tangan Albert Einstein telah dijual pada £1.18 (RM6.56 juta) juta menerusi sesi lelongan baru-baru ini.
Pakar sains fizik itu mencoretkan kata-kata nasihat dalam bahasa Jerman mengenai kebahagiaan dan kejayaan.
Ketika menulisnya, beliau tidak mempunyai wang untuk memberi tip kepada petugas di hotel, jadi ahli sains itu menyerahkan coretan itu sebagai ganti sambil berkata ia akan lebih bernilai jika pekerja hotel itu menyimpannya.
Kira-kira 100 tahun kemudian, ternyata ramalan Einstein benar apabila nota itu menjadikan anak saudara lelaki pekerja hotel itu seorang jutawan apabila dia menghubungi pusat lelongan untuk menjualnya.
Hasil tulisan tangan Einstein itu ditulis ketika menginap di sebuah hotel di Tokyo pada 1922, selepas dimaklumkan bakal menerima Hadiah Nobel dalam bidang fizik.
Pusat Lelongan dan Pameran Winner di Baitulmaqdis telah menganjurkan acara melelong nota itu bersama satu lagi catatan Einstein berbunyi: “Dimana ada kemahuan di situ ada jalan.”
Menurut sumber beliau juga pernah mencatat beberapa nota yang lain di antaranya seperti berikut:
‘Kita tidak dapat menyelesaikan masalah kita dengan pemikiran sama yang kita gunakan ketika kita menciptanya’.
‘Tanda sebenar kepandaian bukan pengetahuan tetapi imaginasi tinggi’.
‘Kami masih tidak tahu seribu satu peratus daripada apa yang dinyatakan oleh alam kepada kita’
Nota kebahagiaan yang dijangka dapat dijual antara $5,000 (£3,809) dan $8,000 (£6,094) itu bagaimanapun telah mendapat tawaran harga yang lebih tinggi.
Sehingga kini identiti pembeli nota berkenaan yang dikatakan dibuat secara dalam talian dari Eropah tidak didedahkan.
-PRU14.TV
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini