Get $25 free
loading...

Apa Strategi Najib Menerusi Bajet 2018?

Share This:

Pembangkang dah sibuk mencanangkan bahawa Bajet 2018 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat ini sebagai gula-gula menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini.

Walaupun kononnya ia adalah gula-gula, namun bagi rakyat, tiada salahnya asalkan yang mendapat manfaat daripadanya adalah rakyat sendiri.

Jika gula-gula PRU14 sekali pun, sekurang-kurangnya rakyat tahu ke mana duit dibelanjakan dan sudah pasti ia untuk kebajikan rakyat serta pembangunan ekonomi.

Sebenarnya Pakatan Harapan ekarang sudah “ketaq lutut” kerana mereka tahu Bajet 2018 ini merupakan strategi Barisan Nasional (BN) menjelang PRU tetapi bagaimana caranya, pembangkang masih ternanti-nanti.

Sukar mereka meneka inti pati Bajet 2018 ini dan bagi pembangkang, sememangnya mereka tidak akan terkejar dengan segala bentuk perancangan yang dijalankan oleh kerajaan.

Apatah lagi semalam, Perdana Menteri memberikan sedikit bayangan mengenai Bajet 2018 ini di mana ia mengan­dungi inisiatif baharu bagi mewujudkan negara Malaysia yang dapat memberi perlindungan kepada mereka yang lemah, bersifat adil kepada semua tanpa ada sesiapa akan ketinggalan.

Malah kata Najib, bajet itu dipacu oleh matlamat beliau sendiri untuk memperbetulkan masalah lalu dan menjadikan Malaysia lebih kuat, lebih berdaya saing di dalam dan di luar negara.

Apatah lagi kata Perdana Menteri, adalah menjadi wawasan beliau dan satu perjuangan lebih besar daripada dirinya sendiri demi membawa negara ini ke fasa seterusnya menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi de­ngan me­ngutamakan taraf hidup rakyat dan negara.

Walaupun hanya sedikit bayangan yang diberikan oleh Najib, ia sudah cukup untuk memeningkan pembangkang. Kebiasaannya Pakatan Harapan akan menyediakan bajet alternatif mereka sendiri, iaitu sehari sebelum hari pembentangan bajet diadakan.

Jadi apa agaknya auta mereka kali ini? Mereka tidak boleh lagi sekadar bergantung kepada isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) serta gaji minimum. Isu itu sudah banyak kali diperkatakan dan rakyat sudah muak apabila kerap dimomokkan dengan perkara yang dikitar semula itu.

Pembangkang boleh menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat kerana mereka hanya bercakap, bukan pelaksana pun. Penyudahnya bajet alternatif yang akan mereka sediakan umpama salin kulit daripada bajet-bajet alternatif yang dicadangkan sebelum ini.

Sebab itulah Bajet 2018 yang akan dibentangkan oleh Najib pada Jumaat ini sangat penting. Walaupun tiada bulan atau bintang yang dijanjikan, tetapi apa yang terkandung dalam Bajet 2018 adalah berdasarkan kepada realistik masyarakat Malaysia ketika ini.

Bukan populariti yang Perdana Menteri mahu kejarkan sebaliknya beliau mahu menggapai impian menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi, tanpa mengetepikan keperluan rakyat Malaysia.

Bajet 2018 ini juga akan dinikmati oleh segenap pelusuk dan peringkat usia, tanpa mengira apa jua ideologi politik mereka. Secara halusnya, itulah strategi kerajaan BN untuk menang PRU iaitu dengan memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

Biarlah pembangkang hendak kata “gula gula” apa pun, yang pasti Bajet 2018 lebih baik dari “roti” yang diedar Nurul Izzah di Lembah Pantai.

Kroni Mahathir makan “chopstick”, rakyat depa bagi makan “roti” sahaja. Dah dekat PRU, baru datang bawa roti. Nampak sangatlah terhegeh hegeh nak undi.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...