Bagi kira-kira 1.6 juta kakitangan awam yang ada di seluruh negara, hari ini mereka tidak perlu bimbang akan kehilangan kerja walau apa jua yang bakal terjadi. Kedudukan dan jawatan mereka dianggap paling selamat dalam sektor pekerjaan hari ini melainkan jika mereka memilih untuk melanggar disiplin. Malah, bayaran gaji mereka juga tetap tanpa ada sebarang kelewatan walaupun kerajaan berhadapan dengan kemelesetan ekonomi.
Namun begitu, tidak semua 1.6 juta penjawat awam ini adalah pro kerajaan. Disamping ada segelintir yang boleh dikategorikan sebagai “curi tulang”, ada segelintir lagi yang bertindak menjadi api dalam sekam. Mereka bekerja dalam sektor awam, di bayar gaji oleh kerajaan tetapi mereka jugalah yang menjadi penentang utama kerajaan.
Melihat akan pembentangan Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan hari ini, walaupun tidak di tulis secara terang-terangan, langkah Pakatan Harapan seandainya membentuk kerajaan kelak adalah mengurangkan emolumen atau dalam bahasa mudahnya pembayaran upah kerja, elaun, pencen dan bonus kepada kakitangan awam.
Mengimbau semula cadangan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua beberapa bulan yang lalu, dia mendedahkan bahawa seandainya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan kelak, langkah pertama yang akan dibuat oleh Pakatan Harapan adalah membuang lebih separuh kakitangan awam yang sedang berkhidmat di dalam sektor awam.
Ini bermakna, lebih 800 ribu orang akan kehilangan kerja dan sumber pendapatan hasil daripada cadangan gila Pakatan Harapan ini. Jika dibandingkan dengan bajet dari Pakatan Harapan, antara agensi yang disasarkan untuk di bubar atau di rombak adalah SPAD, Petronas, ESSZONE, Bantuan Bencana seperti APMM, BTN, Suhakam, Felda dan juga Lembaga Tabung Haji.
Disamping itu, rombakan besar-besaran serta penyingkiran staf mungkin akan berlaku di Jabatan Perdana Menteri serta beberapa lagi jabatan kerajaan. Malah, Kementerian Perladangan, Komuditi dan Asas Tani juga di bayangkan tidak perlu mempunyai pejabatnya sendiri di Putrajaya dan memungkinkan kakitangan di kementerian berkenaan akan di singkirkan terus.
Tidak cukup dengan itu, kakitangan perguruan, keselamatan seperti polis dan tentera serta Rela dan Wataniah juga berhadapan dengan kemungkinan kehilangan kerja sekiranya rombakan berkenaan di lakukan. Secara keseluruhannya, ia mungkin mencecah angka lebih 800 ribu orang dengan ratusan ribu penerima pencen juga berhadapan dengan tiada bayaran di buat seandainya Pakatan Harapan berkuasa kelak.
Timbul persoalan buat segelintir penjawat awam yang sanggup menjadi gunting dalam lipatan, api dalam sekam ini. Sanggupkah mereka kehilangan kerja dan gaji yang mereka terima setiap bulan dengan mengkhianati individu yang mengambil mereka kerja dan membayar gaji mereka setiap bulan untuk di berikan kepada anak-anak dan isteri mereka?
Bagi kelompok ini, mungkin mereka memandang remeh amaran yang diberikan ini. Namun, jika diambil dari kata-kata ramai pemimpin pembangkang termasuk Belajawan Alternatif Pakatan Harapan hari ini, kemungkinan lebih 800 ribu orang ini akan kehilangan kerja dan sumber pendapatan mereka, tetap ada. Sanggupkah kalian mengkhianati kerajaan yang ada pada hari ini?
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini