Berita palsu mengenai ‘KFC haram’ tular di Whatsapp dan heboh diperkatakan walaupun isu tersebut sudah lama.
Datuk Md Daud Che Ngah yang merupakan pendakwah bebas itu menafikan tular mengaitkan dirinya yang mengatakan ayam goreng KFC haram dimakan.
Beliau berkata, isu ‘haram’ itu sudah lama berlaku sekitar pada tahun 1987, namun ditular semula di media sosial seperti WhatsApp.
“Selepas 1987, perkara ini sudah senyap dan tidak ada apa-apa yag berlaku. Apa yang ingin saya katakan adalah penyebar berita ini adalah fasik dan tidak tabayyun.
“Dalam al-Quran sudah disebutkan, apabila mendapat satu berita itu tabbayun (siasat) dahulu di mana puncanya, kalau tidak kaum itu akan mendapat kejahilan daripada berita buruk ini.
Jadi, saya anggap penyebar ini mereka yang fasik sekali dan sangat berdosa besar. Saya tidak redha dunia akhirat,” katanya.
Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tour Sdn Bhd (Andalusia) ini juga berkata, perkara yang sama pernah berlaku pada dirinya sekitar 10 tahun lalu.
-PRU14.TV
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini