Niat pembangkang hendak memperlekehkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan lawatan beliau ke Amerika Syarikat (AS) bertemu dengan Presiden, Donald Trump tidak kesampaian apabila Najib menjawab soalan dari wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) dengan penuh yakin di Dewan Rakyat, hari ini.
Bukan sedikit keistimewaan yang diberikan oleh Trump kepada Najib malahan beliau sudah menyatakan secara jelas bahawa Najib adalah sahabat baik beliau.
Bagi wakil rakyat pembangkang, mereka masih membuang masa memikirkan tentang warna tali leher Trump yang dikatakan ada maksud tersendiri.
Najib di Dewan Rakyat berkata beliau berjaya memaklumkan kepada Presiden AS tentang penindasan yang berlaku ke atas etnik Rohingya di Myanmar walaupun pada mulanya isu itu tidak termasuk dalam agenda perbincangan mereka berdua.
“Saya telah perdengarkan secara spesifik itu pelarian Rohingya dan penindasan terhadap mereka, dan ia disambut baik Presiden Trump.
“Saya ingin memaklumkan kepada Dewan, dalam komunikasi asal tidak disebut isu ini, tetapi apabila saya minta (ia dimasukkan) Presiden Trump setuju dan (isu ini) dimasukkan (dalam agenda perbincangan,” katanya dalam sesi soal jawab.
“Ini salah satu kejayaan Malaysia, di mana negara ada pengaruh di pentas antarabangsa hatta di kalangan kuasa-kuasa besar,” katanya lagi.
Najib turut jawab soalan tambahan Ahli Parlimen PKR-Permatang Pauh, Dr Wan Azizah Wan Ismail berkenaan tempat penginapan Najib dan delegasi di Trump International Hotel.
Beliau menjawab sedikit pun ia tidak menjadi isu.
Pembangkang cuba main helah menyatakan bahawa lawatan Najib bukan rasmi tetapi Presiden Trump mahu berjumpa sekadar suka-suka sahaja, tapi apa yang berlaku jauh dari sekadar suka-suka malahan ia adalah perbincangan berat dua orang pemimpin sebuah negara.
“Walaupun saya tidak duduk di Blair House (kediaman rasmi tetamu kerajaan AS), saya dijemput main golf bersama Presiden Trump, beliau hantar saya ke kereta. Jadi tak payahlah sebut benda-benda ni,” katanya lagi.
Ahli Parlimen PH turut cuba membandingkan lawatan Najib dengan lawatan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong ke White House yang sebenarnya amat rasmi dan terlalu protokol sampai tidak ada unsur persahabatan santai di antara mereka.
Ia berlaku di antara Najib dan Trump kerana mereka amat akrab seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain.
Mungkin ada maksud tersirat dalam buku The Art of A Deal tulisan Trump berkaitan warna tali leher itu yang sudah disalahfaham oleh pembangkang. Jika Trump menganggap sesebuah pertemuan itu serius dan melibatkan perniagaan, Trump akan memakai tali leher warna merah. Namun, jika Trump menganggap pertemuan berkenaan sesuatu yang santai seperti bertemu seorang kawan, itulah saatnya Trump akan memakai tali leher berwarna biru sama dengan tali leher Najib.
Itupun mereka sudah salah faham. Kalau hendak acah-acah sahabat, takkan Trump melanggar protokol dengan menghantarkan Najib sendiri ke kereta rasminya di White House sedangkan Presiden Trump tidak menghantar Hsien Loong ke keretanya.
Najib berkata beliau tidak membuat bayaran apa-apa untuk pertemuan itu, tidak seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa berbuat demikian untuk bertemu George W. Bush ketika menjadi Perdana Menteri.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini