Get $25 free
loading...

Wanita Kasari Kanak-kanak Cetus Perbalahan Netizen

Share This:

Kecoh apabila tindakan seorang wanita dipercayai mengasari seorang kanak-kanak yang berumur sekitar lima tahun itu mencetuskan perbalahan dalam kalangan netizen selepas ia tular pada malam Isnin.

Menurut sumber,kejadian tersebut dipercayai berlaku berhampiran mesin pengimbas tiket tren di sebuah stesen, namun lokasi sebenar kejadian tidak didedahkan.

Rata-rata netizen menyelar perbuatan wanita tersebut yang berulang kali mengasari kanak-kanak malang itu apabila dia dilihat menampar, menghayun dan menendangnya.

Seorang pengguna Facebook, Nor Shamimy berkata, wanita tersebut bertindak demikian berkemungkinan kerana mempunyai masalah peribadi.

“Itulah orang semua nak salah ibu… bapa mana bapa? Kamu mana tau dia ibu tunggal dengan letih ke hulu hilir.

“Cari rezeki lagi, keluarga tiada nak beri sokongan,” tulisnya di ruang komen.

Sementara itu, Fauziah Zie Madrasah pula berkata, kanak-kanak itu kelihatan nakal dan menyebabkan wanita tersebut berasa tertekan.

“Mak dia mungkin banyak masalah. Tengok mak dia dengan barang banyak nak dibawa dengan anaknya nakal sangat.

“Cuma, cara dia kasar sangat. Kalau tarik elok-elok, pujuk, mungkin boleh dengar kata budak itu.”

Orang awam seolah-olah membiarkan kejadian itu berlaku di hadapan mereka.

Bagaimanapun, seorang lagi pengguna, Eija Haiza tidak bersetuju dengan tindakan wanita tersebut dan beranggapan bahawa seorang ibu tidak akan memperlakukan anaknya sebegitu.

“Jangan nak sokong sangat la kelakuan perempuan yang dera anak tu. Ini jenis manusia yang lupa anak itu amanah Allah.

“Seorang ibu tidak akan memperlakukan anaknya sebegitu. Ini jenis manusia takde iman. Syaitan beraja dihati,” ujarnya.

Melalui video berdurasi 1 minit 33 saat itu, kelihatan wanita terbabit turut menggalas beg belakang dan plastik besar ketika ingin melepasi mesin pengimbas tersebut.

Orang awam yang lalu lalang di kawasan itu dilihat tidak mencampuri urusannya dan tidak cuba menghalangnya daripada mengasari si kecil berkenaan.

Bagaimanapun,jika ada sesuatu masalah kanak-kanak bukan tempat melepaskan geram dan perbuatan tersebut dianggap kejam apabila mengasari seorang kanak-kanak kecil.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...