Get $25 free
loading...

Mahathir Kena Kutuk Sebab Gelar Malaysia ‘Darul Penyangak’

Share This:

Pengerusi PPBM, Mahathir Mohamad sudah semakin susut rasa kecintaan kepada Malaysia apabila sanggup menggelarkan negara ini dengan nama ‘Darul Penyangak’ dengan cara paling biadab sekali. Bukan itu sahaja, sebagai seorang bekas Perdana Menteri, Mahathir tidak ada hak berkata sedemikian.

Banyak pihak menyatakan bahawa gelaran itu sepatutnya diberikan pada zaman Mahathir selama 22 tahun dari tahun 1981 hingga 2003, Mahathir tidak banyak memberikan untuk rakyat tapi banyak memberikan pada kroni.

Sampaikan pembinaan Menara Berkembar Petronas KLCC pun ada melibatkan kroni sampai syarikat petroleum negara Petronas terpaksa menanggung harga lebih mahal dalam projek berkenaan.

Tindakan Mahathir diselar Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang menyifatkan ia tidak wajar bagi seorang bekas pemimpin menggelarkan negara ini dengan nama sebegitu kerana gelaran tersebut tidak patriotik dan di luar daripada batas kewarasan.

“Jikapun marah dengan kerajaan hari ini, Mahathir tidak sepatutnya menghina negara sendiri. Negara ini adalah negara kita bersama.

“Baik atau buruknya, maju atau mundurnya negara ini, kita perlu bersama mempertahankannya, bukan menghinanya,” tegas Salleh menerusi catatan terbaharu di blog beliau hari ini.

Beliau mengulas hantaran baru di blog Mahathir yang meletakkan nama ‘Darul Penyangak’ berikutan pelaksanaan projek 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Salleh berkata Dr Mahathir sebenarnya mengulangi isu 1MDB dan GST itu dalam setiap tulisan dan ucapannya semata-mata supaya rakyat membenci Datuk Seri Najib Tun Razak Najib dan mahukan perdana menteri itu jatuh.

“Strategi Dr Mahathir ini adalah seperti menyerang ular, iaitu ketuk kepala ular berulang kali supaya akhirnya ular menjadi lemah dan lumpuh. Itu sahaja yang Dr Mahathir mahu, iaitu menjatuhkan Najib. Inilah politik dendam yang tidak baik,” katanya.

Beliau berkata Najib sebenarnya telah menjelaskan satu persatu berserta fakta mengenai 1MDB dan juga menerangkan mengenai rasional pelaksanaan GST.

“Dr Mahathir pasti tidak mendengar dan menerima sebarang penjelasan kerana matlamat beliau adalah untuk menjatuhkan PM Najib atas sebab dendam politik, bukannya demi negara,” kata Salleh.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...