Get $25 free
loading...

Rosmah pinjam kata-kata Pele, beri semangat kepada pelatih badminton

Isteri perdana menteri berharap program Tunas Juara Remaja Bakti bakal melahirkan pemain badminton bertaraf antarabangsa.

rosmah-badmintonKUALA LUMPUR: Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, meminjam kata-kata lagenda bola sepak Brazil, Pele, sebagai perangsang semangat kepada pelatih badminton program Tunas Juara Remaja di bawah Badan Aman Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).

Beliau berkata demikian di pelancaran program itu, yang dicipta bagi melahirkan bakat sukan badminton taraf antarabangsa. Rosmah menyempurnakan pelancaran Tunas Juara Remaja Bakti di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Selatan di sini hari ini.

“Kejayaan tidak berlaku secara kebetulan, ia memerlukan kerja kuat, ketabahan menghadapi rintangan, kegigihan meningkatkan pengetahuan dan minat yang mendalam, kejayaan perlu ada pengorbanan seiring dengan ketekunan dan kesabaran,” katanya kepada kira-kira 100 pelatih dan kakitangan program berkaitan.

Program ini merupakan kesinambungan kepada program Tunas Juara Bakti yang berjalan sejak 2006. Tunas Juara Bakti ditubuhkan bagi mencari insan berbakat dalam lingkungan usia 7 hingga 12 tahun.

Terbuka kepada semua sekolah di Kuala Lumpur, SMK Bukit Seri Bintang Selatan bakal menjadi pusat latihan program Tunas Juara Remaja Bakti.

Rosmah turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Bakti, Adidas Badminton dan SMK Bukit Seri Bintang Selatan.

Menurut Rosmah, program Tunas Juara Bakti berjaya melahirkan ramai pelatih badminton yang berbakat, termasuk 7 orang peserta kem badminton di Tokyo, Jepun, dan 3 orang peserta Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2016 di Bilbao, Sepanyol.

“Seorang daripada pasangan beregu bawah 15 tahun yang menjadi juara Kejohanan Badminton Asia di Yangon, Myanmar merupakan bekas pelatih Tunas Juara Bakti” katanya.

Beliau berkata Bakti sentiasa menyokong usaha mempopularkan sukan badminton kerana ia sukan kegemaran ahli persatuan.

“Setiap pelatih mesti mempunyai disiplin yang tinggi sama ada semasa mengikuti latihan atau ketika pertandingan, jangan sesekali ragu dengan kebolehan anda menghadapi apa jua dugaan dan halangan yang datang, anda semua harus mempunyai semangat juang yang tinggi tanpa mudah mengaku kalah.”


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...