Get $25 free
loading...

Subramaniam diminta pertimbang jawatankuasa selia kontrak usahawan India

Subramaniam berkata terdapat ramai usahawan kecil masyarakat India yang memerlukan suntikan kewangan, terutama golongan muda yang baru menamatkan pengajian di universiti.

Subramaniam_india_buss_man_600

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mengkaji pembentukan satu jawatankuasa khas di peringkat Kementerian Kewangan bagi menyelia perolehan dan kontrak kerajaan kepada usahawan dalam kalangan masyarakat India.

Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata pembentukan jawatankuasa itu perlu bagi meningkatkan peluang masyarakat India memperoleh projek kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

”Dengan adanya jawatankuasa khas ini, mungkin kita boleh wujudkan lebih banyak peluang kepada usahawan kalangan masyarakat India untuk terlibat dalam projek kerajaan yang banyak ditawarkan pada masa ini,” katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri majlis penyerahan surat kelulusan kewarganegaraan kepada 177 kaum India yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Penerima terdiri daripada pemohon kewarganegaraan yang lahir sebelum kemerdekaan negara, kelahiran tidak didaftarkan dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Mengulas lanjut, Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata pada masa ini terdapat ramai usahawan kecil masyarakat India yang memerlukan suntikan kewangan, terutama golongan muda yang baru menamatkan pengajian di peringkat universiti.

“Kumpulan ini memerlukan sedikit bantuan untuk bergerak, sebab itulah kami kemukakan cadangan ini. Kami harap ia dapat dipertimbangkan,” katanya.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...