Siapa sangka wanita cantik ini seorang juruterbang wanita yang membawa pesawat Garuda Airlines,Airbus.
Ternyata wanita bernama Sarah Widyanti Kusuma ini bukan calang-calang wanita .Dari segi perwatakannya yang berani,pandai,dan seorang muslim yang menjaga solatnya menujukkan wanita ini begitu mengagumkan.
Kira-kira 3 bulan lalu, Sarah dan bosnya, Kapten Jaka Pituana menerbangkan pesawat Garuda Airlines, Airbus A330 dari Bali ke China.
Sewaktu dalam penerbangan itu, Pituana yang terlihat Sarah sedang menunaikan solat disebelahnya telah mengambil foto juruterbang berkenaan lalu memuatnaik ke akaun Facebooknya.
Foto tersebut kemudian menjadi viral dan menjadi sebutan dalam laman-laman web penerbangan di seluruh dunia!Ramai netizen yang kagum dengan wanita ini yang masih menjaga solatmya walaupun berada di kapal terbang.
Sarah, antara juruterbang termuda yang pernah dilahirkan syarikat penerbangan Indonesia itu baru berusia 29 tahun. Mempunyai seorang cahayamata, suaminya juga adalah seorang juruterbang.
Justeru,kejayaan wanita ini boleh dijadikan sebagai inspirasi wanita di luar sana yang melakar nama sebagai antara juruterbang termuda wanita di negara itu.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini