Get $25 free
loading...

Nursyaza Nasir, Ikon Al Fatih Wasatiyyah Milenia 2017

Share This:

Tidak dinafikan, dikalangan anak muda hari ini, mereka memang berbakat dalam banyak bidang. Kadangkala, bakat–bakat mereka ini hanya tunggu untuk dicungkil keluar dan diserlahkan kepada umum seperti yang dilakukan dalam program Wasatiyyah Milenia 2017 yang diadakan di UiTM Kampus Seri Iskandar, Parit Perak.

Program yang diadakan selama sehari, semalam telah mengetengahkan banyak bakat pemidato terhebat dari kalangan anak muda yang majoritinya berumur 18 hingga 20 tahun. Pada kebiasaannya, pada peringkat umur sebegini, kemahiran mereka tidak diserlahkan namun 3 orang anak muda ini membuktikan bahawa mereka sememangnya generasi pelapis TN50 yang cukup berbakat dan cukup hebat.

Petang semalam, satu program pencarian Ikon Al Fateh diadakan bagi mencari bakat anak muda untuk diangkat sebagai wakil negeri Perak ke peringkat kebangsaan untuk prgram Wasatiyyah anjuran Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM).

Hasilnya, Nursyaza Nasir, 18 tahun dinobatkan sebagai juara pencarian AL Fatih dengan menewaskan pencabarnya, Mohammad Zulhafizy Zulkefli, 18 tahun dan Meor Omar Mohd Razib, 19 tahun. Menariknya, ketiga-tiga mereka bukanlah anak jati perak kerana Nursyaza adalah anak kelahiran Pulau Pinang, Mohammad Zulhafizy dan Meor Omar merupakan anak kelahiran Selangor.

Ketika ditemui semalam, Nursyaza menzahirkan kesyukurannya di atas kemenangannya yang melayakkan beliau mewakili Perak pada pertandingan peringkat kebangsaan pada tahun hadapan. Beliau berkata, kesederhanaan yang diterapkan oleh kerajaan hari ini telah membawa kepada pemhamanan yang lebih baik terhadap banyak perkara khususnya untuk jiwa muda seperti diri dan rrakan-rakannya yang lain.

Bagi Mohammad Zulhafizy pula, walaupun gagal untuk menjuarai pencarian AlFatih semalam, namun, beliau bersyukur dengan peluang yang diberikan kepadanya untuk menyerlahkan bakat yang ada pada dirinya. Manakala Meor Omar pula tidak menyangka, penyertaannya kali ini memberikannya tuah buat julung-julung kalinya walaupun berakhir di tempat ketiga.

Kesemua pemenang menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles. Sekalun tahniah diucapkan kepada semua peserta khususnya buat para pemenang. Sesungguhnya, apa yang kalian persembahkan hari ini membuktikan bahawa kalian sememangnya layak untuk diangkat sebagai generasi pelapis bagi TN50.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...