Menerusi akhbar Sinar Harian edisi 30 Oktober 2017 sebuah artikel bertajuk “Kecaman Hebat Sertai DAP” di ruangan SOROT telah menampilkan pandangan Young Syefura Othman atau lebih dikenali sebagai Rara yang merupakan Penolong Setiausaha Kebangsaan Wanita DAP.
Dalam artikel itu Rara ada menyebut tentang tindakan menyerang lawan secara peribadi bukanlah langkah proaktif untuk mengalih sokongan.
Menurutnya,jenis serangan peribadi yang dilemparkan kepada calon perlu dinilai juga.
Sokongan terhadap penyerang mungkin beralih jika serangan peribadi yang boleh menyebabkan mangsa hilang kredibiliti sebagai calon.
Menurutnya dalam artikel tersebut menyebut teknik menyerang peribadi ini mirip kepada cara politik yang diamalkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Lihatlah pada permulaan dia mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak, Mahathir awal-awal lagi telah menyerang peribadi Perdana Menteri sebagai seorang pemimpin yang gagal, hidup mewah, boros, curi wang rakyat dan pelbagai lagi cerita karut yang direkanya.
Sampai ke satu tahap, Mahathir turut menyerang peribadi isteri Perdana Menteri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor dengan mengejek-ejek beliau sebagai ‘wanita berbadan gemuk dan gedempol’ di sebuah ceramah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Selain itu, Rosmah juga seringkali menjadi mangsa serangan Mahathir yang menuduh isteri Perdana Menteri berkenaan menggunakan wang rakyat untuk berbelanja urusan peribadi di luar negara.
Tidak berpuas hati di situ sahaja, Pengerusi PPBM tersebut turut menghina keturunan asal Perdana Menteri iaitu Bugis sebagai sebuah keturunan lanun, penyangak dan pencuri di hadapan orang ramai.
Walaupun dia didesak untuk tampil meminta maaf secara umum, namun pemimpin berusia 92 tahun itu memilih untuk ‘berkulit biawak’ atau tebal dengan tidak melakukan apa-apa tindakan.
Inilah cara politik yang diamalkan Mahathir untuk menjatuhkan musuhnya. Dia akan terus menerus menyerang peribadi sesiapa sahaja yang enggan bersamanya, khususnya pemimpin utama Barisan Nasional.
Oleh sebab itu, ada benarnya apa yang dinasihatkan oleh Rara terhadap mana-mana ahli politik yang terlalu gemar menggunakan serangan peribadi ini sebagai alat menagih sokongan yang lapuk dan tidak lagi releven dalam pentas politik masa kini.
Akhirnya, semua tindakan Mahathir ini akan membuatkan seluruh Pakatan Harapan menerima kerugian serta rakyat akan semakin menjauhi mereka sepertimana yang disebut oleh Rara sendiri yang berbunyi ;
“Namun pengundi Malaysia rasanya sudah matang tentang politik dan boleh tahu jika sesuatu serangan itu merupakan serangan peribadi oleh penyerang. Perkara ini sebenarnya boleh memakan diri penyerang kerana ada kemungkinan pengundi berasa simpati kepada mangsa, atau jijik dan marah kepada penyerang kerana menggunakan kaedah kotor ini untuk mendapatkan sokongan.”katanya.
Justeru,jelas dan nyata tindakan Mahathir membuatkan pengundi muak dengan serangan yang menggunakan kaedah kotor dan jijik.Jelas sekali tindakannya bersifat kebencian peribadi semata-mata dan bukannya berasaskan fakta atau demi kebaikan negara.
-PRU14.TV
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini