Di waktu pelbagai cabaran yang boleh menggugah jiwa dan pemikiran anak muda hari ini, banyak program pengisian jiwa bagi anak-anak muda diadakan bagi memastikan generasi pelapis negara hari ini diterapkan dengan pemahaman dan idealogi yang bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan generasi muda menyayangi negara.
Itulah yang dilakukan oleh penganjur, Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) yang mengadakan program Wasatiyyah Milenia 2017 di UiTM kampus Seri Iskandar, Parit, Perak semalam. Siapa sangka, program yang membawa pengisian ilmiah ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan oleh para pelajar UiTM sehinggakan dewan Seri Iskandar, UiTM yang boleh memuatkan kira-kira 3 ribu orang, dipenuhi oleh 1,500 orang pelajar.
Dihadiri oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles selaku salah seorang panel dan tetamu kehormat, program ini mengetengahkan erti sebenar wasatiyyah yang menjadi pegangan kerajaan dan menjadi pedoman dalam pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Untuk rekod, ini adalah keli kelima program ini diadakan dalam rangka jelajah IWM keseluruh Malaysia. Malah, buat julung-julung kalinya, UiTM kampus Seri Iskandar dipilih sebagai lokasi IWM dalam program Wasatiyyah Milenia 2017 bagi negeri Perak. Lebih istimewa lagi, ianya turut diisi dengan program yang menarik dan artis jemputan, Najwa Latif.
Walaupun dianjurkan hanya sehari, namun, program ini diisi dengan tiga isi yang dilihat mempu membimbing pendirian para anak muda pelapis negara. Di mulakan dengan sesi dialog TN50 : Aspirasi Pemimpin Muda, diikuti dengan program pencarian Ikon Al Fateh dan diakhiri dengan program Soul Lifting, ianya memberi pelbagai input kepada para anak muda yang kesemuanya adalah para pelajar UiTM Seri Iskandar.
Dalam ucapan penutup, Datuk Akmar Hisham menzahirkan kegembiraan beliau apabila melihat penglibatan anak muda dan para pelajar UiTM yang dianggap beliau sebagai geenersi TN50. Beliau menzahirkan pengharapan agar program sehari ini mampu menjadikan jiwa muda pelajar-pelajar ini memahami dan lebih menyayangi Malaysia.
Beliau sedar bahawa cabaran masa hadapan memang cukup mencabar namun beliau yakin, dengan pengisian program ini yang cukup mantap dan memberikan hala tuju yang lebih jelas, para pelajar yang disasarkan untuk memimpin negara pada msa hadapan akan lebih memahami dan mampu untuk menjadi generasi pelapis TN50.
Apapun, sekalung tahniah diucapkan kepada penganjur, Institut Wasatiyyah Malaysia, UiTM Kampus Seri Iskandar dan kesemua yang terlibat kerana berjaya menganjurkan program pengisian ilmu yang cukup baik untuk generasi yang akan datang.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini