Get $25 free
loading...

Jika Tidak Dimansuh, Pengguna Akan Bayar RM2.40 Di Tol Batu Tiga

Share This:

Khabar gembira sudah pun diterima kepada pengguna jalan raya yang melalui plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau apabila dua plaza tol berkenaan bakal ditutup dan dihentikan sepenuhnya kutipan pada 1 Januari tahun depan berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kelmarin.

Untuk rekod plaza tol di Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR2) iaitu Batu Tiga dan Sungai Rasau merupakan sebahagian daripada Perjanjian Konsesi Lebhuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Dalam kenyataan media PLUS, kadar tol bagi Lebuhraya PLUS termasuk tol berkenaan telah distruktur semula pada tahun 1999, 2002 dan yang terbaru pada tahun 2011.

“Sekiranya mengambil kira terma di dalam perjanjian konsesi asal, di mana konsesi tersebut akan tamat pada 2018, kadar tol di plaza tol Batu Tiga adalah RM2.40 berbanding kadar yang sedia ada iaitu RM1.10 yang kekal sejak tahun 2005.

“Tiada kenaikan tol telah diberikan di Batu Tiga sejak tahun 2005,” demikian menurut kenyataan itu.

PLUS berkata sejak ia mengambil alih pengurusan dan penyelenggaraan laluan di antara Batu Tiga dan Sungai Rasau, laluan yang dahulunya terdiri daripada dua lorong telah dinaik taraf kepada laluan tiga lorong (dua hala).

Projek naik taraf bernilai RM410 juta telah dilaksanakan di antara tahun 1992 dan 1993 sebelum ia dibuka sepenuhnya pada tahun 1993.

“Setiap tahun, PLUS mengeluarkan belanja yang besar untuk menyelenggara laluan di antara dua plaza tol berkenaan.

“Perjanjian konsesi tambahan pada tahun 2011 juga menetapkan bahawa tempoh konsesi untuk semua rangkaian lebuh raya PLUS tidak akan dilanjutkan selepas ia tamat pada 31 Disember 2038,” menurut kenyataan media itu.

Semua kejayaan ini adalah hasil inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) tanpa ada bantuan atau sokongan dari Menteri Besar Selangor, Azmin Ali. Apa yang Azmin tahu buat ialah hanya mengucapkan tahniah kepada penduduk Selangor kononnya telah berjaya mendapatkan apa yang mereka inginkan.

Walaupun pakatan pembangkang sudah memerintah Selangor lama, mereka gagal untuk berusaha mendapatkan pemansuhan tol berkenaan.

Comments

comments

Related Post

Bajet 2018 : Individu Perseorangan Antara Yang Pal...
Pengecualian Dan Pengurangan Cukai Berita Gembira ...
Bajet 2018 : Kakitangan Awam Sentiasa Istimewa Di ...
Bajet 2018 : Terlalu Jauh Beza Antara Bajet PH Dan...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...