Kereta Toyota Velfire milik Nabil Ahmad lesap, beberapa jam sebelum pengacara itu bergegas ke lokasi program Gegar Vaganza 4 (GV4).
Menurutnya dia sangat terkejut apabila mendapati keretanya sudah tiada di tempat letak kereta.
src="https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_tMcAx5sep-XIwK0olmQGfE84uPPPeKIN9Pd0ZFAXCtSRBeLQasBSnaL4BE13DQ5-_SrbIv26pQ=s0-d">
lagi info di : Gosip Artis Terkini
Foto: IG Nabilzira
“Kereta saya hilang di Taman Tun Dr Ismail kira-kira jam 1 petang. Sebaik sahaja saya mahu ke tempat letak kereta pada jam 2.30 petang, saya terkejut mendapati kereta saya sudah tiada.
“Ingatkan tersalah letak namun selepas puas mencari baru saya pasti telah hilang. Selepas itu saya terus membuat laporan di balai polis TTDI,” katanya kepada Astro Awani.
Kejadian berlaku semasa dia menghadiri acara konsert anjuran tadika anaknya iaitu Nayra Mikayla.
Sebelum ni juga, kira-kira tiga tahun lepas Nabil pernah mengalami kejadian yang sama apabila kereta Mitsubishi Lancer miliknya dipecah oleh penyamun sehingga mengalami kerugian.
Apa pun diharap agar Nabil bertabah dengan semua dugaan yang menimpa ya.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini

Akmal Saleh Persoal Dbkl Isu Penjual Belon Di Jala ...

India Catat Purata Jualan 10 Unit Maybach Seminggu ...

Gempa Bumi Myanmar: Gegaran Turut Dirasai Di Pulau ...

#hiburan: Waspada Lelaki Bersongkok Jalur Kuning D ...