Get $25 free
loading...

Kegemaran Budak Dari Bangku Sekolah Lagi, Ini 5 Fakta 'WOW' Mengenai MILO Yang Korang Tak Sangka




Sejak dari dulu lagi, salah satu minuman kegemaran kita semua sebagai rakyat Malaysia sudah tentulah MILO.

Pastinya, kita semua khususnya ketika dibangku sekolah, pernah dilawati lori MILO yang mengagihkan air MILO secara percuma suatu ketika dulu. Sebab tulah, memang mengimbau sangat tiap-tiap kali ada orang share gambar lori MILO dekat media sosial.

Gambar: Google

Bukan tu je, mana-mana pasar malam korang singgah, mesti ada punya gerai air yang menjual air MILO. Siap boleh request lagi kalau nak tabur MILO or letak ais krim kat atas. Fuhhh, terbayang dah rasa nikmatnya macam mana.

Tapi kan, ada banyak lagi yang kami rasa kita sebagai rakyat Malaysia tidak tahu mengenai air kegemaran kita semua ni. Jadi, kami nak kongsi fakta-fakta 'WOW' mengenai MILO yang mungkin korang semua tak pernah tahu pun sebelum ni.

Gambar: SK Haji Ismail

1. 9 juta cawan sehari.

Ya, 9 juta cawan sehari. Itulah anggaran jumlah air MILO dihidang dan dinikmati oleh rakyat Malaysia setiap hari.

Gambar: Google

Tak kira lah kat mana korang berada, kalau korang tengah baru, sedang ataupun akan menikmati air MILO sebentar lagi, berbanggalah sebab menjadi sebahagian daripada 9 juta diatas.

2. Kegemaran rakyat Malaysia lebih 70 tahun.

Wow, itu benda pertama yang keluar dari mulut kami. Untuk menjadi kegemaran rakyat Malaysia lebih 70 tahun, dah tentulah MILO mempunyai sesuatu yang buat kita semua terikat dengan jenama ni.

Gambar: Google

Kami rasa, 'sesuatu' tu korang semua dah tahu dah jawapanya.

3. Kebaikan dalam semua ramuan.

Kalau korang perasan la kan iklan MILO dekat tv, korang mesti pernah dengar tagline ni 'Minum MILO Anda Jadi Sihat Dan Kuat' kan.

Nak tahu kenapa? Sebabnya MILO yang mengandungi malt didalamnya membekalkan tenaga untuk kekal aktif. Lagi satu, dalam MILO juga ada susu yang membekalkan kalsium dan protein.

Gambar: MILO

Rasa coklat yang sedap pula membuatkan kita semua melekat dengan MILO sampai bila-bila. MILO juga ada pelbagai vitamin dan kandungan mineral yang membantu melepaskan tenaga dengan efisyen daripada makanan yang kita ambil setiap hari.

Pendek kata, secawan MILO yang kita nikmati setiap hari ada semua nutrisi seimbang yang badan kita perlukan.

4. Lebih enak digandingkan dengan sarapan pagi.

Yesss, waktu pagi adalah waktu paling best korang nak pekena secawan MILO. Kalau dulu waktu kecil, pasti ramai yang mulakan pagi sebelum ke sekolah dengan MILO kan.

Gambar: Wanista.com

Tak lengkap, kalau makan nasi goreng atau apa je yang mak sediakan dengan air lain. Mesti nak jugak MILO.

Baru bertenaga nak kesekolah, rasa macam champions.

5. Diwarisi dari mak ayak ke anak-anak.

Well, mungkin ada dalam kalangan kita yang jadi penggemar MILO kini sudahpun berkeluarga kan. Tapi, MILO tetap MILO dan selamanya jadi kegemaran rakyat Malaysia.

Gambar: MILO

So, tak hairanlah ada ibu bapa turut memilih MILO sebagai minuman anak-anak untuk membekalkan tenaga dan kekal aktif sepanjang masa.

Tak aci la kan kalau kita je dapat kebaikan dari MILO, anak-anak kita pun berhak dapat kebaikan yang sama.

Lepas ni, jangan lupa okay pastikan bekalan MILO sentiasa ada di rumah.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...