Get $25 free
loading...

Dah Lama Dah Nga Kor Ming Patut Masuk Penjara

Share This:

BAJET 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat memberi kejutan besar kepada pembangkang yang diketuai DAP.

Walaupun mereka dapat meneka bahawa Bajet 2018 bakal memberikan banyak kebaikan kepada rakyat namun pembangkang tidak pernah menyangka bahawa Bajet tersebut menghampiri kesempurnaan yang tidak pernah terjangkau oleh pemikiran mereka.

Selama ini pembangkang yang diketuai DAP menentang apa sahaja bentuk perancangan dan pelaksanaan yang dibuat oleh kerajaan walaupun mereka tahu ianya memberi manfaat yang besar kepada rakyat Malaysia.

Sehari selepas belanjawan negara dibentang Datuk Seri Najib Razak sekumpulan penyokong pembangkang berkumpul di majlis makan malam anjuran DAP di Sungai Siput, Perak sebagai usaha untuk memperlekehkan Bajet 2018 kerajaan.

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dalam nada yang cukup terdesak mengatakan bahawa Bajet 2018 ialah yang terakhir buat Najib.

“Tahun depan apabila kita mengubah kerajaan, dia (Najib) akan menjadi sama ada pemimpin pembangkang atau bercuti dalam (penjara) Sungai Buloh,” katanya di Dewan Orang Ramai Kampung Rimba Panjang itu.

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming merupakan pemimpin kanan DAP yang amat biadap dan kurang ajar. Beliau sepatutnya sudah lama dipenjarakan. Ini bermakna beliaulah yang sepatutnya sama dengan Anwar Ibrahim “bercuti” dalam penjara.

Bagi mengelakkan diri beliau dipenjarakan Nga Kor Ming dilihat terpaksa “berpura-pura” meluahkan rasa kesal yang mendalam berhubung status bergambar dalam laman sosial Facebook atas nama wakil rakyat DAP itu yang didakwa menyentuh dan menyindir Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ekoran kenyataan yang didakwa berbaur fitnah dalam Facebook Kor Ming pada 29 Mac 2015, satu tindakan saman bertarikh 11 Jun tahun sama telah difailkan oleh pasangan tersebut terhadap Ahli Parlimen pembangkang itu.

Tindakan saman itu berjaya diselesaikan setelah Nga Kor Ming melalui peguam Alex Tan, menzahirkan pernyataan kesal berhubung perkara tersebut di Mahkamah Tinggi.

Dalam pernyataan yang dibacakan oleh Alex, Kor Ming menyatakan, beliau difahamkan, gambar yang dirujuk di dalam Facebook miliknya itu telah diambil di negara China semasa Perdana Menteri sedang membuat persediaan untuk pulang ke tanah air selepas mendapat perkhabaran kemangkatan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah.

“Oleh itu saya menyatakan kekesalan yang mendalam kerana gambar tersebut telah disalah tafsir dan diambil di luar konteks. Demi kebaikan, dengan ini saya menarik balik ulasan berkaitan gambar tersebut dan memberi aku janji tidak menyiarkannya semula pada masa akan datang,” kata Alex.

Sebagai syarat penyelesaian, Nga Kor Ming hendaklah memuat naik per­nyataan tersebut dalam akaun dan laman Facebook beliau dalam masa tujuh hari.

Nga Kor Ming telah menerbitkan perkataan, Meeting Kerajaan…Siapa PM Malaysia yang sebenarnya. Dalam status bergambar itu terpampang gambar mereka bersama beberapa orang menteri kabinet Malaysia dan pegawai tertinggi Wisma Putra di dalam sebuah bilik hotel di China.

Tindakan Nga Kor Ming tersebut dilihat membawa maksud menuduh PM menyalah guna kuasa dan mandat sebagai Perdana Menteri untuk kepentingan sendiri atau kepen­tingan isterinya dengan membenarkan Rosmah mencampuri urusan dan hal ehwal kerajaan.

Kini Nga Kor Ming mengulangi perbuatan yang sama. Rakyat Malaysia mendesak agar tindakan tegas turut diambil terhadap pemimpin kanan DAP itu sekali lagi. Kali ini, pastikan jangan menerima sebarang permohonan maaf dari Nga Kor Ming yang terlalu kerap mengeluarkan perkataan yang berbentuk fitnah, biadap dan kurang ajar.

– pru14.tv

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...