Get $25 free
loading...

Pengecualian Dan Pengurangan Cukai Berita Gembira Bajet 2018

Share This:

Bajet 2018 yang telah selamat dibentangkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 27 Oktober 2017 di Parlimen.

Bagi merancakkan pelaburan, perdagangan dan industri, galakan cukai bagi Principal Hub akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Ini bagi terus meletakkan Malaysia sebagai lokasi pelaburan langsung asing.

Manakala dalam merancakkan industri pelancongan, sejajar dengan persediaan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2020, insentif cukai antaranya:

a) Galakan cukai bagi pelaburan hotel baharu bertaraf 4 dan 5 bintang dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020;

b) Galakan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat pengendali pelancongan dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2020.

Industri pelancongan kesihatan turut diperkukuh menjadi sumber pendapatan negara, termasuklah menyediakan ‘end-to-end service’ kepada pelancong kesihatan ke Malaysia. Bagi hasrat ini, 30 juta ringgit disediakan kepada Malaysian Healthcare Travel Council (MHTC), galakan cukai yang menyokong hasrat ini antaranya;

a) Galakan elaun cukai pelaburan sebanyak seratus peratus bagi pelancongan kesihatan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020;

b) Potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan mendapatkan pensijilan kualiti daripada Badan pensijilan akreditasi kualiti perkhidmatan kesihatan, bagi perkhidmatan pergigian dan ambulatori yang berdaftar dengan MHTC;

c) Insentif khas pengecualian cukai dinaikkan daripada 50 peratus ke 100 peratus dari nilai peningkatan eksport, bagi perkhidmatan jagaan kesihatan swasta sahaja, mulai tahun taksiran 2018 hingga 2020.

Tidak dilupakan dalam mempastikan limpahan ekonomi yang lebih seimbang di antara bandar dan luar bandar, kerajaan akan memperkemas infrastruktur logistik dan pengangkutan. Bajet 2018 ini juga mengisytiharkan bahawa Pulau Pangkor di Perak sebagai Pulau Bebas Cukai. Walau bagaimanapun, pelepasan cukai ini tidak termasuk barang-barang seperti minuman keras, rokok dan kenderaan bermotor.

Kerajaan turut mendengar rintihan dan keluhan banyak syarikat kecil seperti start-ups yang sukar mendapat akses kepada modal, bagi membawa mereka ke pasaran yang lebih luas. Oleh yang demikian, Bajet 2018 ini akan menggalakkan aktiviti venture capital dengan melaksanakan langkah seperti berikut.

a) Meluaskan pengecualian cukai pendapatan, meliputi fi pengurusan dan fi prestasi yang diterima oleh syarikat pengurus venture capital mulai tahun taksiran 2018 hingga 2022

b) Syarikat atau individu yang melabur dalam syarikat venture capital, diberi potongan cukai bersamaan amaun pelaburan yang dibuat di dalam syarikat teroka, terhad kepada maksima 20 juta ringgit setahun; dan

c) Galakan pengecualian cukai pendapatan yang bersamaan jumlah pelaburan oleh angel investor dalam syarikat teroka dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

Kerajaan akan terus merancakkan pasaran Sustainable and Responsible Investment (SRI) dengan langkah berikut:

a) Pengecualian cukai pendapatan ke atas penerima geran khas Sukuk Green SRI berjumlah enam juta ringgit; dan

b) Pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan fi pengurusan diperluaskan kepada pengurus dana SRI konvensional yang diluluskan mulai tahun taksiran 2018 hingga 2020.

Pada pembentangan Bajet 2017 tahun lalu, Transformasi Nasional 2050 (TN50) telah diperkenalkan bagi melakar sebuah negara bangsa yang unggul, agar Malaysia terjulang dalam 20 negara terbaik di dunia.

TN50 juga menekankan aspek pembelaan nasib semua golongan, termasuklah kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU). Justeru, potongan cukai tambahan bagi majikan menggaji OKU diperluaskan kepada majikan yang menggaji pekerja yang mengalami kemalangan atau penyakit kritikal, yang disahkan oleh Lembaga Perubatan PERKESO bahawa mereka masih layak bekerja.

Kerajaan berusaha melaksanakan Dasar Digital Malaysia. Lantaran itu, sebagai menyokong aktiviti pelaburan dan perniagaan Industrial Revolution (IR 4.0), Kerajaan akan memberi galakan cukai seperti berikut:

a) Melanjutkan tempoh insentif Elaun Modal Dipercepatkan sebanyak 200 peratus ke atas kelengkapan automasi dari tahun taksiran 2018 sehingga 2020;

b) Galakan Elaun Modal Dipercepatkan sebanyak 200 peratus, untuk sektor pengilangan dan perkhidmatan berkaitan pengilangan; dan

c) Elaun Modal bagi peralatan ICT termasuk perbelanjaan pembangunan perisian komputer, layak dituntut sepenuhnya mulai tahun taksiran 2018 hingga 2020.

Dalam operasi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), bagi terus menambah baik pelaksanaannya, Kerajaan mencadangkan seperti berikut:

(a) Semua pembekalan perkhidmatan oleh PBT tidak dikenakan GST, berkuatkuasa mulai 1 April 2018 atau 1 Oktober 2018 berdasarkan pilihan PBT;

(b) Layanan GST berkadar sifar ke atas bahan bacaan, diseragam dan diperluaskan meliputi semua jenis majalah, komik, journal dan terbitan berkala mulai 1 Januari 2018;

(c) Operator kapal persiaran diberi pelepasan GST ke atas perkhidmatan pengendalian yang dibekalkan oleh operator pelabuhan di Malaysia. Pelepasan ini bermula 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2020; dan

(d) Pelepasan GST sepenuhnya diberi ke atas perkhidmatan pembinaan bangunan sekolah dan rumah ibadat, yang dibiayai melalui sumbangan derma yang diluluskan. Pelepasan ini berkuat kuasa bagi kontrak perkhidmatan pembinaan yang ditandatangani mulai 1 April 2017.

Layanan cukai yang telah diberikan oleh kerajaan dalam Bajet 2018 ini akan lebih mempercepatkan pertumbuhan dan menstabilkan ekonomi Malaysia sejajar dengan tema “Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50”.

Comments

comments

Related Post

Bajet 2018 : Kakitangan Awam Sentiasa Istimewa Di ...
Bajet 2018 : Terlalu Jauh Beza Antara Bajet PH Dan...
Bajet 2018 : Inilah Ibu Segala Bajet
Tol Batu Tiga Dimansuh Atas Permintaan UMNO Shah A...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...