Get $25 free
loading...

Bajet 2018 : Kakitangan Awam Sentiasa Istimewa Di Hati Perdana Menteri

Share This:

Untuk menggerakkan pelbagai dasar kerajaan, kakitangan awam yang berkhidmat di dalam sektor awam amat diperlukan bagi menjadi orang perantaraan antara rakyat dengan kerajaan. Hari ini, sejumlah 1.6 juta orang sedang berkhidmat di dalam sektor kerajaan dan menghargai kesetiaan kesemua kakitangan awam berkenaan, kerajaan menerusi pembentangan bajet 2018 telah mengumumkan pelbagai berita baik untuk kesemua 1.6 juta kakitangan awam berkenaan.

Untuk ini, kerajaan telah mengumumkan 13 perkara baik yang bakal dinikmati oleh kesemua kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat. Ketiga-tiga belas perkara berkenaan adalah,

1. Kenaikan pangkat “time-based” kali kedua bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun, selepas kenaikan kali pertama.

2. Penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan, akan menerima faedah persaraan seolah-olah pegawai berkhidmat sehingga umur persaraan wajib.

3. Membenarkan Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.

4. Menaikkan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada tujuh hari kepada 10 hari setahun.

5. Kerajaan buat pertama kalinya, bersetuju memberikan kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah.

6. Untuk memberi fleksibiliti, Kerajaan akan menambah satu lagi Waktu Kerja Berperingkat iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

7. Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas, yang telah diwartakan sekurang-kurangnya 4 tahun, serta memenuhi syarat tertentu, akan diberi kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan Waktu Kerja Fleksi.

8. Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas, dibenarkan pulang lebih awal sejam.
Bagi melengkapi hasrat ini, suami yang bekerja Kerajaan juga dibenarkan pulang lebih awal sejam dengan syaratnya, suami dan isteri mestilah bekerja di lokasi yang berdekatan.

9. Meningkatkan kelayakan cuti bersalin daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum 90 hari setahun.

10. Pembelajaran sepanjang hayat pegawai perkhidmatan awam dengan melaksanakan Kursus Sarjana dan PhD secara in-house.

11. Menaikkan kadar pencen terendah kepada 1,000 ringgit sebulan melibatkan lebih 50 ribu pesara awam, dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan

12. Pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa kepada pesara Kerajaan

13. Bayaran khas sebanyak 1,500 ringgit kepada semua penjawat awam. Bayaran ini akan diberikan dua kali, iaitu seribu ringgit pada awal Januari 2018, dan 500 ringgit lagi menjelang Hari Raya Aidil Fitri tahun hadapan.

Manakala pesara Kerajaan, bayaran khas sebanyak 750 ringgit, iaitu 500 ringgit dibayar pada Januari 2018, dan 250 ringgit lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Lihat sahaja bagaimana istimewanya perhatian kerajaan terhadap para kakitangan awam yang sednag berkhidmat dalam sektor kerajaan. Walaupun terdapat segelintir daripada mereka tidak mengsyukuri nikmat yang mereka perolehi hasil daripada kerajaan, namun kerajaan langsung tidak mempedulikan semua itu.

Bagi Datuk Seri Mohd Najib dan kerajaan secara amnya, setiap minit perkhidmatan kesemua 1.6 juta kakitangan awam ini wajar dihargai dan oleh yang demikian, kesemua mereka wajar menerima imbuhan yang sama walaupun ada diantara mereka menjadi petualang dalam sektor kerajaan.

Comments

comments

Related Post

Bajet 2018 : Terlalu Jauh Beza Antara Bajet PH Dan...
Bajet 2018 : Inilah Ibu Segala Bajet
Tol Batu Tiga Dimansuh Atas Permintaan UMNO Shah A...
Teks Penuh Ucapan Pembentangan Bajet 2018


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...