Khatib khutbah solat Jumaat berkali-kali telah menggesa para jemaah masjid untuk mengambil tindakan ke atas Sisters In Islam (SIS), dakwa Datin Paduka Marina Mahathir.
Menurut sumber,kenyataan tersebut dibuat beliau semasa menjadi salah seorang panelis forum “Is Reason A Threat To Faith And Society?” yang diadakan di University of Notthingham anjuran Islamic Renaissance Front (IRF) pada Ahad lepas.
Sisters In Islam (SIS) ini ditubuhkan pada tahun 1990, apabila Dr Amina Wadud dan sekumpulan wanita yang sealiran dengannya yang merasakan wanita Islam tidak mendapat keadilan dari segi hukum Islam, bersepakat untuk menubuhkan sebuah NGO bagi memperjuangkan hak yang didakwa mereka.
Terdahulu,lebih mengejutkan apabila Aminah Wadud ini menjadi khatib dan Imam sembahyang Jumaat yang diikuti makmum dari kalangan lelaki dan perempuan berjumlah dalam lingkungan 100 jamaah di sebuah Gereja di Universiti Commanwealth di New York membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.
Menceritakan pengalaman perit SIS naik turun mahkamah untuk mencabar fatwa pihak berkuasa agama Negeri Selangor, beliau turut menuduh sesetengah masjid, khasnya di Negeri Selangor telah menjadikan SIS sebagai objek sasaran dalam khutbah Jumaat.
“Dan perkara lain yang kami perasan daripada pengalaman ini adalah, kami juga menjadi topik kegemaran dalam khutbah-khutbah Jumaat khususnya di Selangor.”
Selain mendakwa khutbah-khutbah solat Jumaat memburukkan nama SIS, beliau juga mendedahkan pihaknya telah mendapat maklumat bahawa para jemaah telah berkali-kali dihasut oleh khatib solat Jumaat supaya mengambil tindakan terhadap SIS.
“And there have been times that people have heard the imam says Sisters In Islam is bad, go do something about them.
Go do something about them,” dakwanya lagi yang tidak menyatakan dengan jelas, apa yang dimaksudkan dengan bentuk tindakan yang dimaksudkan.
Namun disebabkan ramai yang mendengar khutbah lazimnya tertidur semasa khutbah dibacakan, SIS terselamat daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.
Pihak media sedang berusaha untuk mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenai perkara ini.
Bagaimanapun,ada yang mengatakan SIS membawa fahaman liberalisme dimana sekularisme menyokong kewujudannya dengan berjayanya ajaran sekularisme yang menyisihkan kehidupan agama kepada satu amalan peribadi, manakala kehidupan sosiopolitik dan ekonomi dibebaskan dari cengkaman agama (Kristian).
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini