Kebanyakkan muslim suka menikmati hidangan di kedai mamak tetapi di sebaliknya,mereka tidak tahu kandungan makanan di kedai tersebut halal di makan atau tidak.
Sebelum ini,menurut satu sumber,Jakim pernah membongkar kes pemilik restoran berkenaan sengaja menggantung deretan gambar ayat suci al-Quran, kalimah Allah dan Nabi Muhammad di dalam premis untuk memperdaya pelanggan yang menyangka ia restoran halal.
Sehubungan itu,sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya ,adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu atau tidak?
Kenapa perlu periksa sama ada ada daging lembu? Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.
Ini adalah disebabkan,kemungkinan penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.
Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.
Menurut sumber yang mengatakan mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan aqidah mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu
Jom kita lihat bagaimana nak kenal pasti restoran mamak muslim atau tidak yang telah dikongsikan oleh sebuah lama sosial ini :
1. Hari Deepavali sebegini adalah waktu paling sesuai untuk membezakan antara restoran mamak ori atau tidak.Restoran mamak tiruan semestinya akan bercuti di waktu-waktu sebegini. Cuma cara ini hanya boleh dibuat setahun sekali.
2. Ada lagi cara lain yang boleh dilakukan waktu biasa. Periksa sama ada makanan mereka ada masakan lembu atau tidak. Restoran mamak Muslim akan ada masakan daging lembu. Jika mamak tiruan, selalunya tidak menghidangkan masakan daripada haiwan suci mereka.
Saya pernah test satu restoran mamak.
Mamak, daging ada?
Kambing ada. Lembu tak ada
Kenapa lembu tak ada?
Jika dia jawab tergagap-gagap, berhati-hati.
3. Cara paling ampuh, berikan salam dengan lafaz Assalamualaikum. Jika jawab salam tergagap-gagap, lari jauh-jauh. Cara ini boleh diuji kepada tauke dan pekerja mereka. Ada juga kadang-kadang tauke Muslim tapi pekerja non-Muslim.
4. Restoran mamak Muslim akan ditutup waktu solat Jumaat.Malah ada yang menyediakan tempat solat atau surau untuk pelanggan.Jika restoran Mamak palsu tidak ada.
5. Jangan mudah terpengaruh dengan poster-poster dan frame gambar tulisan-tulisan jawi yang nampak seperti ayat-ayat suci Al-Quran, gambar masjid, gambar Mekah dan sebagainya.Ia selalunya dijadikan hiasan untuk menarik pelanggan Muslim datang ke restoran.
-PRU14.TV
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini