Sejak berakhirnya sidang media penuh “tangisan” yang di buat oleh Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kelmarin, antara perkara yang hangat diperkatakan adalah, siapakah Mr H yang disebut Syed Saddiq sebagai individu yang cuba merasuahnya keluar daripada PPBM dengan nilai RM 5 juta.
Walaupun sudah dua hari berlalu, dalam apa jua temubual yang dibuat oleh para pengamal media, dia lebih senang menyebut nama Mr H daripada memberitahu nama sebenar siapa yang cuba merasuahnya. Malah, terbaru, dia juga kerap kali menyebut nama Mr H semasa ditemubual oleh Sinar Harian.
Disamping itu juga, dia sekali lagi cuba untuk meraih perhatian ramai apabila mendakwa keluarganya menerima ugutan sejak sidang media berkenaan. Namun, untuk kesemua dakwaannya ini, dia sekali lagi gagal untuk mengemukakan sebarang bukti mahupun menyebut terus nama Mr H. Kenapa dia cukup gentar untuk menyebut terus nama Mr H sedangkan dia mendakwa mempunyai bukti tawaran yang dibuat oleh Mr H?
Agak melucukan apabila Syed Saddiq secara terbuka mencabar Mr H menyaman atau tampil menafikan semua dakwaannya. Adakah Syed Saddiq fikir, hanya ada seorang sahaja yang mempunyai pangkal nama H di Malaysia hari ini? Bukankah lebih mudah sekiranya dia menyebut sahaja nama individu berkenaan supaya kes ini dapat disiasat dengan lebih rapi?
Menariknya, diberitakan Syed Saddiq telah membuat laporan polis berhubung ugutan yang diterima oleh dirinya dan ahli keluarga. Persoalannya, kenapa dia tidak membuat laporan polis berhubung cubaan rasuah yang dibuat oleh Mr H sedangkan dalam sidang medianya kelmarin, dia mendakwa mempunyai semua bukti cubaan Mr H untuk merasuahnya?
Lebih menghairankan, dia lebih senang untuk mengadakan sidang akhbar menuduh dan mencabar Mr H tampil menafikan dakwaannya. Kenapa pula dia tidak membawa semua bukti berkenaan ke pejabat SPRM untuk diambil tindakan? Sudah semestinya, semua orang mahu tahu, siapakah Mr H yang kononnya merancang segala kekalutan di dalam PPBM dan cuba merasuahnya.
Secara amnya, sehingga hari ini, ianya kelihatan seperti satu watak yang sengaja diciptakan oleh Syed Saddiq untuk menampakkan dramanya itu hidup. Secara logiknya, sekiranya kita dipihak yang benar dan mempunyai bukti kukuh, sudah tentu kita akan mendedahkan siapakah orang yang begitu berani cuba merasuah kita temrasuk mengugut diri dan kaum keluarga kita secara terbuka.
Negara ini mempunyai undang-undang dan sekiranya Syed Saddiq lebih selesa dengan membawa nama Mr H kehulu kehilir tanpa sebarang laporan kepada pihak berkuasa, nampaknya, Syed Saddiq sengaja mahu mencipta satu nama dan meneruskan lakonannya hanya untuk kepentingan politik.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini