Berhubung dengan (RUU) undang-undang (Perkahwinan Dan Perceraian)(Pindaan) 2017 (Akta 164) yang diluluskan ,mantan Ketua Hakim Negara gembira dan mengucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan kerana telah mengambil kira bantahan beliau terhadap Seksyen 88A.
Kenyataan tersebut dibuat beliau di laman web persendirian beliau. “Saya gembira RUU (Akta 164) itu telah diluluskan oleh Parlimen dengan bantahan saya terhadap seksyen 88A diambil kira oleh Kerajaan.
Tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan.” Menurut beliau, pengeluaran Seksyen 88A daripada pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (LRA), yang diluluskan oleh Dewan Rakyat adalah wajar kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak adil kepada kedua-dua pihak.
“Saya membantah seksyen itu atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan memihak kepada pihak yang tidak memeluk agama Islam. Dengan seksyen itu ditarik balik, RUU itu adil kepada kedua-dua pihak,” jelas beliau. Beliau turut menambah bahawa Seksyen 88A ini perlu digugurkan untuk memberi peluang kepada pihak yang memeluk agama Islam membuat permohonan di Mahkamah Sivil.
Katanya lagi, pada masa ini hanya pihak yang tidak memeluk agama Islam sahaja yang boleh berbuat demikian. Bantahan ini adalah untuk berlaku adil kepada pihak yang memeluk agama Islam.
Walau bagaimanapun, beliau melahirkan rasa hairan terhadap pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang kecewa dengan pembatalan Seksyen 88A ini. “Saya tidak hairan jika NGO-NGO seperti Hindraf dan parti-parti politik seperti DAP dan MCA menentangnya. Tetapi saya hairan apabila SUHAKAM juga turut “kecewa” kerana Seksyen 88A digugurkan.
Adakah SUHAKAM mahu satu peruntukan yang memihak kepada orang bukan Islam dan bercanggah dengan Perlembagaan dijadikan undang-undang?” soal beliau. Terdahulu, penarikan balik cadangan pindaan ke atas Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 ini telah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Sri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat.
Jika seksyen itu dipinda ia bukan bertujuan menambah baik, tetapi meruntuhkan kebaikan sedia ada, merosakkan akidah dan menyekat umat Islam mengamalkan hukum syariah untuk diri dan keluarga.
Seperti yang kita lihat, DAP menyokong terhadap pindaan Perlembagaan Persekutuaan itu dipinda.Jelas DAP dan parti-partinya bercanggah dengan Perlembagaan Negara dan berpontensi merosakkan akidah umat islam.
-PRU14.TV
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini