Get $25 free
loading...

Pas Perlu Berunding Bersama Umno Demi Kelangsungan Politik?

Share This:

Menurut Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali berkata, pendekatan parti itu yang mahu menjadi ‘king maker’ dalam politik negara tidak akan berjaya.

“King maker hanya boleh berperanan apabila negara dalam keadaan ‘hung parliment’ (parlimen tergantung) tetapi kita sekarang mahu menyertai pilihan raya yang ada kerajaan dan pembangkang”, kata bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu itu.

Justeru itu kata bekas Ahli Parlimen Dungun itu, PAS perlu berunding dengan UMNO dan memberi respon segera kepada UMNO serta mencari jalan untuk menyahut seruan agar kedua-dua parti Melayu Islam itu mengadakan pertemuan bagi memutuskan kerjasama, sekurang-kurangnya kedua belah pihak memahami hala tuju politik masing masing.

Katanya, sebagai orang lama dalam politik tanahair, mengharapkan ‘pertemuan’segera diadakan untuk memutuskan sesuatu bagi ‘kerjasama’ kedua belah pihak itu.

Mustafa yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu bercakap atas pendapat peribadi beliau dan bukan atas nama PAS dalam satu Sidang Media di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu hari ini.

“Ketika ini UMNO sahaja yang telah banyak mengangkat Agama Islam ditempat yang tinggi menerusi peranan perlembagaan negara yang telah termaktud sejak ianya diwujudkan’.

“Pas pernah bekerjasama dengan DAP dan PKR, banyak merosakkan kepimpinan parti dan tidak memberi keuntungan kepada syiar islam tetapi sebaliknya”, katanya.

Menurutnya,memandangkan UMNO adalah jalan yang sama menegakkan Islam dan Melayu, barisan kepimpinan Pas perlu berhenti main ‘tarik tali’ dan menilai kembali tawaran kerjasama bersama UMNO pada PRU 14 nanti.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...