Penyanyi Ezlynn yang dikejutkan dengan rompakan rumahnya yang dipercayai dirompak suaminya sendiri pada minggu lalu kini sah bercerai talak satu, di Mahkamah Rendah Syariah pada hari ini.
Suaminya Adam Fahmy Shamsuddin, 38, melafazkan cerai terhadap Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 36, di hadapan Hakim syarie Noorbyetty Nasir pada jam 10.30 pagi.
Terdahulu, Noorbyetty menasihatkan pasangan itu bermaaf-maafan antara satu sama lain sebelum lafaz cerai dilafazkan Adam Fahmy.
Ezlynn memfailkan permohonan cerai pada 7 April lalu, mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) Kuala Lumpur 1984 iaitu perceraian secara baik.
Antara alasan permohonan cerai itu termasuk tiada lagi persefahaman dan kasih sayang dalam rumah tangga yang dibina pada 20 November 2011.
Ezlynn hadir ke mahkamah bersama peguam syarie Izyan Hazwani Ahmad manakala Ahmad Nazib Johari bertindak sebagai peguam syarie Adam Fahmy.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini
