Get $25 free
loading...

Insiden Tanjung Bungah:Kesemua Mangsa Tanah Runtuh Ditemui

Share This:

Kejadian tanah runtuh yang berlaku pantas di Lengkok Lembah Permai,Tanjung Bungah,Pulau Pinang pada Sabtu,21 Oktober akhirnya menemukan kesemua 11 mangsa yang tertimbus di tapak projek pembinaan perumahan mampu milik.

Pada pagi ini,dua mayat terakhir seorang warga Bangladesh, Muhammad Monirul Islam dan warga tempatan Yuan Kouk Wern, 27,telah dijumpai.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus berkata proses mengeluarkan mayat Muhammad Monirul tidak mengambil masa lama ekoran keadaan persekitaran yang mudah.

Bagaimanapun katanya proses mengeluarkan mayat terakhir yang juga rakyat tempatan mungkin mengambil sedikit masa kerana mangsa dihempap jeriji besi.

“Mayat ke-11 yang merupakan rakyat tempatan dan terakhir dijangka dapat dikeluarkan sebelum tengah hari ini (Isnin),” katanya.

Hingga kini, sebanyak 10 mayat telah dibawa keluar dari kawasan runtuhan iaitu tiga warga Myanmar, Yunus Nazir Huson, Muhammad Elyas Mustak dan Rahmatullah Mohd Sidiq; empat warga Bangladesh Hossen Mia, Nur Alam, Rahaman Abdur dan Muhammad Monirul; dua warga Indonesia Hosrin Sharif dan Erwin Salis serta seorang rakyat Pakistan Raza Ali.

Ketika kejadian pada 8.57 pagi Sabtu, kesemua 11 mereka sedang bekerja di bahagian bawah bangunan yang sedang dibina itu apabila tanah lereng bukit itu runtuh dan menimbus mereka.

Menurut sumber,difahamkan kerja-kerja yang sedang dijalankan ialah pembinaan struktur tingkat bawah tanah  di tapak projek pembinaan rumah mampu milik setinggi kira-kira 50 tingkat sebelum tanah di lereng bukit belakang tapak projek berkenaan.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...