Lebih 290,000 orang terbunuh sejak konflik tercetus di Syria dengan 15,000 daripadanya adalah kanak-kanak .
Gambar menyayat hati seorang bayi di sebuah klinik di Syria seperti rangka bernyawa .
Seorang doktor memegang bayi yang sedang menangis itu kerana menahan kesakitan kerana masalah kekurangan khasiat.
Lebih memilukan apabila beratnya kurang dua kilogram, sekali gus ia membuktikan penderitaan yang dilalui penduduk di kawasan bergolak seperti Hamouria di timur Syria.
Bagaimanapun, usia sebenar bayi malang itu tidak dapat ditentukan.
Gambar bayi ini mendapat perhatian ramai kira-kira setahun selepas Omran Daquneesh yang dirakam duduk dalam ambulans dengan wajahnya dipenuhi darah dan habuk selepas kediaman keluarnya di Aleppo dibom.
Omran yang kehilangan abangnya yang berusia 10 tahun dalam kejadian itu telah dapat disatukan dengan keluarganya dan bagi tujuan keselamatan, nama dan penampilannya telah diubah.
Sejak tujuh tahun lalu,separuh populasi penduduk negara itu tiada tempat berteduh akibat peperangan yang berlarutan di Syria selain meragut ribuan nyawa termasuk wanita dan kanak-kanak.
-PRU14.TV
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini
