Kekejaman berterusan berlaku di Sri Lanka apabila sekumpulan samseng menyerbu kawasan perlindungan Rohingya dan bertindak ganas tanpa ada belas kasihan dan sifat kemanusiaan.
Sehubungan serangan itu,polis Sri Lanka menahan enam suspek bagi membantu siasatan berhubung kes serangan membabitkan sekumpulan sami Buddha terhadap penduduk Rohingya minggu lepas.
Seorang pegawai penyiasat yang enggan dikenali memberitahu, pihaknya telah mengenal pasti sami-sami yang mendalangi serangan tersebut ketika ini.
“Kami telah mengerahkan tiga pasukan untuk memberkas mereka,” kata pegawai berkenaan.
Dalam serangan Selasa lalu, sami-sami tersebut didakwa bertindak seperti ‘binatang’ apabila menyerbu kawasan penempatan Rohingya di pinggir Colombo dan mencederakan kumpulan pelarian terbabit termasuk kanak-kanak.
Susulan serangan tersebut, dua anggota polis turut dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan ketika cuba menghalang tindakan mereka.
Ketika keganasan memuncak di negara itu, ratusan ribu etnik Islam Rohingya melarikan diri dari Myanmar .
Mereka sejak berdekad lamanya menjadi sasaran kekejaman ditaja negara dan diskriminasi dalam negara majoriti Buddha.
Mereka juga dianggap pendatang haram dari Bangladesh walaupun sudah menetap di Myanmar bergenerasi lamanya.
-PRU14.TV
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini