Get $25 free
loading...

21 jambatan risiko tinggi dikenal pasti

Menteri kerja raya berkata kesemua jambatan ini berkemungkinan berlaku retakan atau runtuhan.

Fadillah-Yusof-Jambatan-Sungai-Michu-berlaku-retakanALOR GAJAH: Kementerian Kerja Raya mengenal pasti 21 jambatan di seluruh negara dalam keadaan usang, berisiko tinggi dan perlu diganti baharu dengan kos anggaran RM88 juta.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata daripada jumlah berkenaan sebanyak 5 jambatan terpaksa ditutup secara berperingkat sejak lebih sebulan lalu iaitu 4 di Selangor dan 1 di Perak.

“Kebanyakan jambatan tersebut dianggap uzur kerana digunakan sejak 1950-an malah menjadi berbahaya kerana sering digunakan kenderaan perdagangan khususnya yang menghubungkan jalan utama ke Pelabuhan Klang di Selangor.

“Kesemua jambatan ini berkemungkinan berlaku retakan atau runtuhan… untuk itu sama ada membina jambatan baharu atau menaik taraf jambatan tersebut supaya ia selamat digunakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi Jabatan Kerja Raya (JKR) peringkat kebangsaan 2017 dan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia Datuk Seri Dr Roslan Md Taha dan Pengarah JKR Melaka Zulkifly A. Ghani.

4 lokasi jambatan yang ditutup di Selangor iaitu Jambatan Buloh Kuala Selangor, Jambatan Sungai Rambai Kecil, Jambatan Sungai Rambai Besar, Jambatan Sungai Michu dan 1 jambatan di Perak iaitu Jambatan Sultan Yusof di Teluk Intan.

Dalam pada itu, beliau berkata 2 projek persimpangan bertingkat di Melaka iaitu di Ayer Keroh dan Peringgit yang menelan kos kira-kira RM286 juta sepatutnya dijadualkan siap sepenuhnya pada Jun tahun depan.

“Masalah baharu yang timbul di projek persimpangan Peringgit iaitu kekhilafan syarikat pemaju meneliti jumlah sebenar utiliti menyebabkan projek berkenaan terjejas sehingga tempoh pelaksanaannya dilanjutkan.

Katanya, status projek tersebut kini 51% berbanding sasaran sepatutnya 69%.

Sementara itu, Fadillah berharap kerajaan persekutuan dapat mengutamakan peruntukan pembangunan jalan raya dan infrastruktur pada pembentangan Bajet 2018 yang bakal diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Oktober ini.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...