Get $25 free
loading...

2 lagi anggota TLDM dakwa cedera dalam tahanan

Mereka mengalami kecederaan di bahagian abdomen dan kini dirawat di Hospital Manjung, kata polis.

hasnan-navy3

IPOH: Dua anggota tentera laut membuat laporan polis selepas mengalami kecederaan di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan.

Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata 2 anggota tersebut yang masing-masing berumur 30 tahun cedera di bahagian abdomen dan kini dirawat di Hospital Manjung.

“Laporan polis dibuat hari ini dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 325/506 Kanun Keseksaan. Pihak polis sedang menjalankan siasatan sama ada insiden ini berlaku ketika di dalam bilik tahanan, ketika dikurung atau di luar.

“Kita juga akan menyiasat sekiranya ada lagi anggota TLDM terlibat dengan insiden seperti ini,” katanya kepada pemberita.

Susulan kejadian itu, 2 anggota tentera yang masing-masing berumur 29 dan 37 tahun direman 7 hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes itu.

Mengenai kematian 2 anggota tentera laut di bilik tahanan yang sama sebelum ini, Hasnan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan forensik terhadap kamera litar tertutup yang dirampas.

“Jabatan Siasatan Jenayah Perak kini dibantu Bukit Aman bagi menyiasat insiden ini,” katanya.

Pada Jumaat lepas 2 anggota tentera laut iaitu LK 1 Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan LK 1 TLS Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia di bilik tahanan tersebut dipercayai akibat didera, berdasarkan laporan bedah siasat daripada Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Bedah siasat yang dilakukan ke atas Nik Muhammad Baihaqy mendapati kematiannya disebabkan pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul manakala Muhammad Lailatuliman meninggal akibat pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut.

Susulan itu 3 anggota TLDM direman selama 7 hari mulai semalam bagi membantu siasatan.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...