Get $25 free
loading...

Terengganu For Rohingya “Sekampit Beras Untuk Rohingya”

Share This:

NASIB malang yang menimpa pelarian Rohingya mendapat perhatian Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Haji Ahmad Razif.

Beliau merasmikan Majlis Pelancaran Tabung Terengganu For Rohingya “Sekampit Beras Untuk Rohingya” (Perantau Terengganu Lembah Kelang) di perkarangan Wisma Yayasan Terengganu, Kg Baru Kuala Lumpur anjuran NGO-NGO Anak Terengganu di perantauan dengan skuad sukarelawan TTB.

MB Razif yang diiringi Tuan Hj Samiun Salleh, Pengerusi Sektariat NGO Perantau Terengganu memulakan majlis dengan bacaan sajak tentang penderitaan ethnik Rohingya yang meruntun perasaan. Ianya mengundang parasaan bersyukur yang amat sangat dengan keamanan dan kemakmuran negara kita.

Kerajaan Terengganu menyasarkan sejumlah RM 1 juta bagi misi bantuan kali ini. Sukarelawan TtB(SSTTB) juga bekerjasama dengan pelbagai Jabatan , Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan NGO dalam usaha mengumpul dana ini. Tabung sumbangan juga ditempatkan dibeberapa lokasi terpilih termasuklah Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Dana terkumpul akan diagihkan pada akhir Oktober ini. Dijangka seramai 50 orang Skuad Sukarelawan TTB bersama doktor sukarelawan daripada Mercy Malaysia akan ke kem pelarian terbesar di sempadan Bangladesh yang menempatkan lebih 400,000 orang pelarian.

Beliau berharap kita dapat memberi sokongan kepada ethnik Rohingya agar mereka dapat bangkit semula demi agama Islam.

Rakyat Terengganu perlu menjadikan tragedi yang menimpa Rohingya dijadikan iktibar agar perkara yang sama tidak berlaku di negara kita. Bak kata pepatah Melayu, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

Kini Terengganu telah membuktikan bagaimana mereka dapat cemerlang dalam pelajaran sehingga menjadi sebutan setiap kali negara kita menyentuh isu pendidikan.

Baru-baru ini seorang anak Terengganu yang hafal 30 juzuk ayat AlQuran sedang mengikuti pengajian dalam bidang Aerospace di United Kingdom. Beliau akan ditaja sehingga ke peringkat PhD. Terengganu akan menjadi negeri pertama yang menghasilkan cendekiawan Islam di dunia.

Kerjasama dan semangat kesatuan diantara NGO-NGO Anak-anak Terengganu di Perantauan amat baik. Mereka mampu mengadakan program-program yang hebat.

– PRU14.tv

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...