Taktik penipuan secara professional dan terancang kini didedahkan kepada umum. Menggunakan kombinasi email, telefon dan dokumen yang telah diedit menyerupai dokumen rasmi membuatkan mangsa akan terpedaya dengan teknik penyamaran ini.Suspek mempunyai butiran maklumat peribadi pembayar cukai seperti nama yang lengkap dan alamat email bagi tujuan penipuan ini. Butiran maklumat ini amat mudah diperolehi melalui internet, direktori atas talian seperti Yellow Pages atau dibeli daripada individu tidak bertanggungjawab yang bekerja di sektor perbankan.
Begitu juga dengan informasi yang didedahkan di laman rasmi syarikat atau jabatan kerajaan dan media sosial turut menyumbangkan kepada risiko maklumat seseorang individu. Sebenarnya, informasi berkenaan nama penuh individu atau pekerjaan, jawatan dan alamat email ini amat mudah diperolehi di mana-mana laman sesawang syarikat atau jabatan kerajaan.
Suspek akan menggunakan maklumat tersebut dengan menghantarkan email palsu secara rawak atau “email blasting” dengan menyatakan terdapat cukai terlebih bayar yang perlu di pulangkan semula (tax refund) oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM). Penerima email akan diarahkan memberikan maklumat terperinci berkenaan nombor akaun bank pembayar cukai yang menjadi mangsa.
Teknik kedua adalah suspek akan menghantar Surat Tuntutan Cukai Tertunggak yang palsu sama ada melalui pos atau pengawai LHDNM palsu ini akan mengunjungi premis pembayar cukai dan memaksa mangsa membayar cukai tertunggak dengan segera.
Orang ramai diingatkan tentang tips ini untuk mengelakkan daripada tertipu:
1. Pengesahan alamat email sebenar LHDNM sebagai organisasi kerajaan akan berakhir dengan “.gov.my”.
2. Maklumat akaun bank pembayar cukai telahpun diperolehi semasa pembayar cukai mengisytiharkan menerusi Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dihantar setiap tahun.
3. Pengesahan ketulenan dokumen LHDNM boleh didibuat melalui Talian Hasil Careline di 1-800- 88-5436 atau Talian Hasil Recovery Call Centre di 1-800- 88- 4726 atau nombor talian Cawangan LHDNM yang mengeluarkan surat tersebut (ada pada kepala surat yang diterima).
4. Tiada kutipan cukai secara tunai dijalankan dan pembayaran hanya melalui Cek atau Draf Bank.
5. Apa-apa pembayaran cukai bayaran cukai pendapatan juga mesti dibuat atas nama Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
6. Memeriksa kad pengenalan dan butiran pegawai LHDNM yang hadir ke premis mereka
Orang ramai diminta sentiasa berwaspada, tenang dan tidak panik atau cemas jika mendapat sebarang informasi tentang cukai pendapatan mereka bagi mengelakkan dari kerugian akibat penipuan ini.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini