Minggu lalu, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis mendakwa, sekiranya pemimpin di negara ini mempunyai maruah, mereka perlu meletakkan jawatan diatas pelbagai kegagalan yang mereka lakukan sepanjang mentadbir Malaysia. Jika di Jepun, orang-orang sebegini perlu melakukan harakiri, istiadat membunuh diri bagi membersihkan semula nama mereka.
Memang benar, terdapat satu tradisi kuno di Jepun yang membolehkan mereka yang gagal melaksanakan amanah yang di beri atau melakukan tugasan mereka, mereka akan melakukan tradisi harakiri iaitu tradisi di mana mereka mengambil sendiri nyawa mereka demi mahu menebus semula kesalahan mereka. Ianya sekaligus mampu membersihkan semula imej atau maruah merek ayang tercalar akibat kegagalan mereka.
Persoalannya, kegagalan apa yang dimaksudkan Mahathir sehingga tergamak dia menyuruh pemimpin kerajaan yang ada pada hari ini melakukan upacara harakiri yang secara terang-terangan menyalahi hukum agama Islam itu sendiri?
Jika diperhatikan, kesemua pemimpin pembangkang yang ada pada hari ini sebenarnya adalah mereka yang paling patut merasa malu dan melakukan harakiri seperti yang diminta oleh Mahathir. Malah, Mahathir sendiri adalah orang pertama yang patut melakukan perbuatan demikian jika dinilai dari apa yang telah dia lakukan terhadap negara ini.
Mari kita lihat senarai kegagalan yang mereka cipta sepanjang penggal ini. Di Pulau Pinang, pelbagai isu dan tragedi berlaku sepanjang Lim Guan Eng berkuasa. Dari isu banjir, pengusiran terancang penduduk asal Pulau Pinang, tanah runtuh sehinggalah skandal penyalah gunaan kuasa yang dilakukan Guan Eng sendiri. Adakah ini tidak melayakkan Guan Eng melakukan harakiri?
Di Selangor pula, kerajaan pimpinan Datuk Seri Azmin Ali pula masih gagal membasmi pembiakan nyamuk Aedes sehingga menyaksikan Selangor merupakan negeri tertinggi penghidap penyakit denggi di negara ini. Itu belum lagi dengan masalah bekalan air, rumah-rumah pelacuran dan pusat perjudian, gangsterisme dan macam-macam lagi.
Di dalam Pakatan Harapan sendiri, mereka sehingga kini masih gagal melaksanakan apa jua yang mereka rancang menerusi Bajet Pakatan Harapan tahun lalu. Tidak terhenti di situ, mereka masih gagal menamakan 1 nama untuk diangkat sebagai Perdana Menteri disamping kegagalan mereka menumbangkan kerajaan seperti yang diidamkan oleh Mahathir sendiri.
Bagi Mahathir pula, satu demi satu gerakannya untuk menumbangkan kerajaan, masih gagal. Malah, Mahathir sendiri terkial-kial mencari penyokong seperti mana yang disaksikan dalam himpunan Sayangi Malaysia ANti Kleptokrasi di Padang Timur, 14 Oktober lepas. Lebih memalukan, impiannya untuk menjahanamkan UMNO juga masih gagal terlaksana sehingga hari ini.
Itu belum lagi menyebut tentang RCI terhadap kehilangan berbilion wang negara dalam perjudian forex. Juga, masih belum menyentuh tentang punca kekayaan dan pemilikan lebih 480 buah syarikat oleh keempat-empat anaknya dan paling utama, pelbagai skandal seperti skandal BMF, pembunuhan di Memali, Perwaja dan banyak lagi yang kini sedang didedahkan oleh pelbagai pihak.
Melihat akan senarai panjang ini, siapa sebenarnya yang harus melakukan harakiri, kerajaan atau kesemua pemimpin Pakatan Harapan? Adakah Mahathir cuba untuk mengelak dan menyembunyikan pelbagai isu dan skandal yang dianggap seperti menutup bangkai gajah dengan tudung saji? Mungkin Mahathir dan para pemimpin Pakatan Harapan perlu mengambil cermin dan cermin diri mereka dahulu sebelum menuduh orang lain yang gagal.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini