Pemuda romantik ini pernah tular kerana membuat kejutan pada hari ulang tahun tunangnya dengan menyewa sebuah limosin putih dan menghadiahkan kereta Honda merah.
Episod cinta pasangan Hafiz Mahamad, 24, dan Nursyafiqah Aina Abdul Wahab, 23, sentiasa menjadi tumpuan, sambil menantikan apakah kejutan seterusnya.
Bagaimanapun, Hafiz pada Selasa pula dikejutkan dengan asakan netizen berhubung sekeping gambar usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat bersama dengan seorang lelaki.
Ramai menyangka lelaki berbaju putih di dalam gambar tersebut adalah dirinya yang dikatakan mempunyai wajah seiras, selain berbadan sasa dan berasal dari negeri yang sama.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini
