Get $25 free
loading...

Pelakon Baharu Elvina Terkejut Dituduh Pemabuk

Share This:

Pelakon baharu Elvina Mohamad terkejut dengan tuduhan yang mengatakan dia sering dilihat berhibur di kelab-kelab malam sehingga digelar ‘kaki kelab’.

Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 22, mengaku dia pernah mengunjungi pusat hiburan namun hanya beberapa kali sahaja.

“Saya mengaku pernah ke pusat hiburan tapi bukanlah setiap minggu seperti yang didakwa. Malah, kali terakhir saya pergi tiga bulan lalu.

“Kalau orang kaki kelab ini akan pergi setiap hari. Tapi saya hanya pergi beberapa kali sahaja. Jadi, macam mana pula boleh kata saya seperti itu?” soal Elvina.

Bagaimanapun, Elvina memberitahu kunjungan dia ke tempat hiburan tersebut hanya untuk menyambut ulang tahun kelahiran salah seorang kakitangan di syarikat pengurusannya.
Katannya, ketika itu dia juga ditemani rakan-rakan artis yang lain dan tidak ada melakukan sebarang aktiviti terlarang.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...