Mata pelajaran pendidikan seks yang baru diperkenalkan di salah sebuah universiti di Hubei, China menjadi kursus elektif yang menjadi ‘kegilaan’ para pelajar di sana. Hide quoted text Kursus “Kesihatan Seks dan Budaya” yang ditawarkan oleh Wuhan University of Technology, Huaxia College itu mendapat sambutan yang luar biasa sehinggakan tempat yang ditawarkan menjadi penuh hanya beberapa saat selepas kursus itu ditawarkan.
Ramai pelajar yang gagal mendapat tempat yang ditawarkan didapati menekap telinga di dinding luar kelas kerana mahu mencuri dengar perbincangan di dalam kelas.
Pensyarah mata pelajaran tersebut berkata para pelajar sebenarnya begitu ingin tahu mengenai tubuh badan mereka dan seks, tetapi mereka berasa amat malu untuk bertanyakan soalan.
Oleh itu, pihak universiti menawarkan kursus pendidikan seks tersebut untuk memberi para pelajar pengetahuan yang tepat dan objektif mengenai topik-topik berkenaan seks dan tubuh badan mereka.
Berita mengenai kejayaan kursus ini mendapat pelbagai reaksi daripada para netizen.
Ramai mengkritik kerajaan China kerana cuma menawarkan mata pelajaran pendidikan seks hanya di peringkat universiti dan tidak di peringkat persekolahan.
Beberapa tahun lepas, sekumpulan pelajar sebuah universiti di Beijing pernah mengadakan sebuah demonstrasi di kampus, menuntut pendidikan seks yang lebih baik di institusi-institusi pengajian tinggi di China.
Para pelajar tersebut memegang sepanduk-sepanduk yang tertulis: “Video lucah tak boleh jadi pendidikan seks kami; universiti perlu setuju untuk pendidikan seks” dan “Kami mahu menikmati kehidupan seks yang selamat.” Menurut sebuah kajian pada tahun lepas, 76% daripada pelajar institusi pengajian tinggi di China mengaku melakukan seks di luar nikah manakala 10% daripada pelajar wanita mengaku pernah menggugurkan kandungan sekurang-kurangnya sekali.
Justeru,bagi ibu bapa yang menghalang pendidikan seks diajar di sekolah, kita memahami kebimbangan mereka. Namun, untuk memutuskan pendidikan seks tidak perlu diajar kerana merasakan anak-anak itu akan tahu sendiri, bukan tindakan yang bijak.
Sebenarnya, ibu bapa tidak ada pilihan. Sama ada mereka membenarkan ia diajar di sekolah, atau mereka sendiri yang perlu mengajarnya.
Jika tidak, memang anak-anak itu akan tahu sendiri tetapi kita bimbang mereka mengetahuinya daripada sumber-sumber yang mungkin menjerumuskan mereka ke kancah yang ingin kita elakkan itu. Apatah lagi dengan dunia tanpa sempadan dan maklumat di hujung jari menerusi Internet.
Tambahan pula, ada bukti bahawa tanpa ilmu yang secukupnya ramai remaja yang tersilap langkah dan terpaksa mengakhiri hidup dengan pengalaman yang tidak menyenangkan.
Contohnya, ramai pelajar sekolah yang dihidapi AIDS akibat hubungan seks rambang dan ramai juga yang mengandung anak di luar nikah akibat hubungan seks yang tidak sepatutnya berlaku serta pembuangan bayi.
Ketika pelbagai pihak sibuk bercakap mengenai pro dan kontra mengenai pendidikan seks di sekolah, ramai yang alpa bahawa perkara itu sebenar terangkum dalam ajaran Islam.
Selain itu,silibus pendidikan seks itu perlu diterapkan dengan nilai agama dan dilakukan agar memberi lebih kesedaran sekali gus menjadikan mereka berwaspada dengan budaya songsang seperti LGBT.
Malangnya masih ada kumpulan penyokong LGBT seperti DAP sejak kebelakangan ini secara terbuka mahu menegakkan kegiatan seks songsang itu termasuk cuba menganjurkan program arak yang boleh mencetuskan pergaulan seks bebas.
-PRU14.TV
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini
